• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus LM, Satu Lagi Alphard Versi Super Mewah Lancar di China

Lexus LM, Satu Lagi Alphard Versi Super Mewah Lancar di China

April 18, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA Alphard masuk generasi kedua, Toyota menawarkan kembar kepada model berkenaan yang diberikan nama Toyota Vellfire. Terbaharu, muncul pula kembar ketiga, dinamakan Lexus LM. Kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah pertama Lexus itu dibangunkan khas untuk pasaran China dan beberapa negara Asia lain.

Bahagian depan diserlahkan dengan gril spindel besar, dengan lampu depan disatukan bersama lampu siang (DRL) LED bergaya Lexus. Bahagian sisi bawah kelihatan dua garis krom. Perubahan pada bahagian belakang cuma rekabentuk lampu lebih lebar, dengan LED menyala sepanjang pintu but, tidak hanya di sudut kanan dan kiri.

BACA>>>7 Fakta Pantas: Lexus NX 300h Sport dengan Gaya Eksklusif

KABIN MEWAH

Lexus tidak terlalu banyak memperincikan kemasan kabin depan mungkin kerana calon pembeli tidak begitu kisah. Bahagian stereng dan panel instrumen mirip RX300 F Sport, manakala skrin infotainment baharu dan papan pemuka utama mirip Alphard.

Sebaik saja pintu gelunsur elektrik dibuka, kabin ala lounge peribadi menyambut pemilik Lexus LM. Tiada baris tempat duduk ketiga walaupun MPV ini masih menawarkan konfigurasi tujuh kerusi. Ruang depan dan belakang dipisahkan dengan monitor 26 inci resolusi tinggi.

BACA >>> Kenapa Beli MPV Rekon? Dapatkan Toyota Alphard, Vellfire Serba Baharu Serendah RM355K

Mengambil ilham Lexus LS terbaharu, Lexus LM juga memiliki panel sentuh untuk kawalan fungsi kenderaan seperti tetapan pelarasan kerusi, termasuk fungsi urut, sistem audio, dan penyaman udara. Kemasan upholsteri menggunakan material kulit halus dan lembut, dengan jahitan setiap panel. Jenis kerusi mengetengahkan konsep Ottoman untuk lebih privasi.

Lexus menyebut ornamen perak Lexus LM sebagai 'Gin-Sui-Boku', berasaskan konsep seni Jepun, 'Ink Washing', iaitu seni melukis dengan dakwat. Model mewah ini ditawarkan dalam dua varian: LM350 (3.5L V6) dan LM300h (4-silinder 2.5L dengan bateri dan motor elektrik).

BACA >>> Lexus LC Inspiration Series - daripada Model Konsep kepada Kereta Edisi Terhad

GALERI

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lexus, Lexus Lm, MPV Mewah, MPV Mewah Toyota, Roda4, Toyota, Toyota Alphard

Comments

  1. Samsyairul Bin Ibrahim says

    June 24, 2019 at 7:21 PM

    Bila model LM mula boleh oder di pasaran malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev