• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Scrambler Full Throttle (2019) Kini Tampil Rekabentuk Lebih Kemas

Ducati Scrambler Full Throttle (2019) Kini Tampil Rekabentuk Lebih Kemas

April 17, 2019 By Aryon Leave a Comment

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Scrambler Full Throttle (2019) ialah satu daripada tiga versi Ducati Scrambler yang diimport ke Vietnam pada Januari lalu dan dijual pada harga 379.9 juta dong (RM67,700) dengan menampilkan gaya lumba jalanan 70-an.

Dibandingkan versi terdahulu, Scrambler Full Throttle (2019) ini dinaik taraf dari segi rekabentuk dan ciri keselamatan seperti ABS Belok. Ini juga salah satu model Ducati paling mudah ditunggang.

Lampu utama bulat klasik didatangkan simbol X dan lampu siang (DRL) di sekelilingnya. Lampu utama juga akan menyala sendiri apabila cuaca gelap pada petang hari. Perbezaan lain berbanding model terdahulu ialah sepasang lampu belakang LED yang akan terpadam sendiri selepas membelok. Semua pencahayaan lampu menggunakan teknologi LED, tetapi tidak untuk lampu utama.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k

MUDAH DITUNGGANG

Profil rendah Scrambler Full Throttle (2019) membuatkan motosikal ini mudah ditunggang di bandar-bandar sesak dengan memberikan postur tunggangan selesa . Panel meter memaparkan indikator petrol, jam digital, penggera anti-miring dan lain-lain. Juga dilengkapkan sistem sambungan pintar, Ducati Multimedia System (DMS) yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar penunggang menerusi aplikasi Ducati Link.

Tayar depan menggunakan jenis Pirelli MT 60 RS 110/80 dengan rim multispok 18 inci dan dipadankan brek cakera tunggal 330mm berserta kaliper brek Brembo 4-piston. Rekabentuk suis kawalan direka ringkas.

Trenkuasa dijana enjin L-Twin Desmodromic 803cc berkuasa 73hp @ 8,250rpm dan tork 67Nm @ 5,750rpm. Ducati turut memperhalusi kelancaran transmisi pada rev rendah. Sistem ekzos menggunakan konfigurasi 2-in-1 dengan dual paip pendek.

PROFIL RENDAH

Pelana Scrambler Full Throttle (2019) lebih rendah daripada 1100 Scrambler dan boleh dilaraskan ketinggian dari 778mm kepada 798 mm, sangat sesuai ditunggang mereka yang memiliki  ketinggian 165sm ke atas. Pelana belakang boleh ditambah jika mahu membawa pembonceng.

Scrambler Full Throttle (2019) dijual di Vietnam pada harga  379.9 juta dong (RM67,700) untuk warna kuning keemasan-hitam. Kali terakhir Ducati Malaysia memperkenalkan Scrambler Full Throttle ialah pada 2015 dengan harga RM64,888 bersama tiga varian Scrambler lain: Icon, Classic dan Urban Enduro. Scrambler Full Throttle sangat mudah dicam menerusi ekzos dual-paip.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 Raih Rekabentuk Terbaik dalam Anugerah Red Dot 2019

GALERI

SUMBER: News.Zing.vn

Related

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Scrambler, Ducati Scrambler Full Throttle (2019), Ducati Vietnam, roda2, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev