• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Kos Ubah Suai Kawasaki Ninja 250 Ini Cecah Harga Motor 4-Silinder!

#BikinMotor: Kos Ubah Suai Kawasaki Ninja 250 Ini Cecah Harga Motor 4-Silinder!

April 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARAPAN modifikasi bengkel HorseMotoshop dari Karawang, Indonesia ini pasti buat kita terliur. Ini bukan Kawasaki Ninja 250FI biasa-biasa. Model 2018 ini boleh dikatakan ditukar menjadi jentera super premium. Malah, kos dikeluarkan khabarnya mampu membeli seunit jentera 4-silinder berkuasa tinggi.

Kisahnya bermula Mac lalu, Rizal dari bengkel HorseMotoshop memutuskan mahu mengubah suai Ninja 250 FI. Proses modifikasi agak rumit kerana dia perlu menanggalkan hampir semua bahagian badan sportbike suku liter tersebut.

Segalanya perlu dibuat betul, terutama memasukkan swingarm baharu daripada model Ninja ZX-10R. Kalau tersilap langkah, pasti huru-hara jadinya!

GUNA KOMPONEN PREMIUM

Bahagian monoshock, Rizal memilih menggunakan fork Öhlins menggantikan Showa daripada jenis terbalik (USD), milik Honda CBR1000RR. Katanya, modifikasi fork USD ke atas Ninja sangat jarang dibuat kerana tahap kesukaran yang perlu dihadapi.

BACA >>> #BikinMotor: BMW R1200R - Naked Bike Jadi Streetfighter

"Ada yang pasang, tapi saya nampak ia semacam segitiga yang tergantung pelik kerana dipaksa buat underyoke. Selepas beberapa hari fikir, saya akhirnya buat klamp tripel (tripleclamp) kustom guna CNC dengan menggunakan pengiraan matematik yang betul. Hasilnya boleh nampak sendiri.

"Bahagian depan klamp tripel atas dibikin sendiri guna CNC dan di warnakan hitam. Posisi hendal kekal di posisi asal yang sedap dipandang dan tidak terlalu tinggi," katanya.

Selepas itu, komponen brek asal digantikan dengan Brembo bersama kaliper depan Brembo M4 Monoblock, manakala belakang Brembo 2-piston. Beberapa komponen premium turut digunakan seperti ekzos Austin Racing ZX-10R, rim CBR1000RR facelift, brek master Brembo RCS dan banyak lagi.

Rizal berkata, ubah suai tidak menjejaskan frem atau casis bawah, dan ini dibuat bagi memudahkan pemilik kembali ke versi standard. Berapakah kos keseluruhan jentera ini? Jawab Rizal, belanja bikin motosikal ini mampu membeli sebuah jentera 4-silinder dengan proses siap, termasuk mengecat semula mengambil masa sebulan.

BACA >>> Perbandingan Spesifikasi Kawasaki Ninja 250: Baharu (2018) vs Lama

SENARAI ALAT GANTI DAN KOMPONEN

  • Fork USD CBR1000RR
  • Swingarm Kawasaki Ninja ZX10R
  • Monoshock Öhlins
  • Kaliper depan Brembo M4 Monoblock
  • Kaliper belakang Brembo 2P
  • Brek cakera Brembo SuperSport
  • Peg kaki Lightech
  • Gad tuil Lightech
  • Pelaras rantai Lightech
  • Tangki minyak lightech
  • Ekzos Austin Racing Ninja ZX-10
  • Gas spontan Domino
  • Pelindung enjin GB Racing
  • Bahagian badan gentian karbon
  • Rim Honda CBR1000RR facelift
  • Fender depan Ninja ZX-10R karbon
  • Visor pengadang angin Zero Grafity
  • Master brek Brembo RCS19 Corsa Corta
  • Pad brek Hell
  • Lampu henti 3-in-1
  • Cat badan semula
GALERI

SUMBER: Iwanbanaran

 

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Ninja 250 FI, kustom, Modifikasi, Modifikasi Motor, motor kustom, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my