• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mampu Pintas Semula Rins, Tapi Silap Brek, Rossi Minta Maaf Tidak Menang GP Amerika

Mampu Pintas Semula Rins, Tapi Silap Brek, Rossi Minta Maaf Tidak Menang GP Amerika

April 16, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KETIKA ramai bercerita mengenai detik Alex Rins menghadiahkan podium juara kepada Suzuki dan insiden pelumba jagoan, adinda Marc Marquez tergolek pada lap 9, mungkin ada ingin tahu tentang kegagalan Valentino Rossi mengekalkan tempo jenteranya ketika di depan pada aksi di GP Amerika, hujung minggu lalu.

Rossi cuma 0.462 saat di belakang Rins untuk meraih kejuaraan ke-90 peribadi dalam kancah MotoGP, Ahad lalu. Apatah lagi selepas Marquez, terbaring atas trek seawal lap 9, beliau kekal di depan sebelum dipintas pelumba Suzuki Ecstar itu ketika perlumbaan berbaki 4 lap lagi.

BACA >>> #MotoGP2019: Rins Beri Podium Pertama untuk Suzuki, Marquez Tergolek, Rossi Berbisa

HAMPIR PINTAS SEMULA RINS

Malah, pada lap terakhir, Rossi dilihat hampir berjaya melakukan jurus serangan terkenal yang biasa dilakukannya untuk memintas semula lawannya, tetapi masih gagal mengatasi Rins hingga grid penamat.

Ada macam-macam perasaan. Dari satu segi, aku nak minta maaf sebab dah cukup lama tak menang dan hari ini peluang terbaik. Dari segi lain, aku gembira sebab ini race yang baik. Aku kuat minggu ini (Amerika) dan minggu lepas kat Argentina. 20 mata ini sangat penting untuk kejuaraan, jadi banyak yang positif berbanding negatif."

"Aku try rapat dengan Marc (pada awal lumba) sebab fikir dia akan try lepaskan diri. Aku pun try ride dengan baik, rapat dengan dia, tetapi dia laju sikit je daripada aku. Apapun, aku rasa selesa dan baguih duk ada.

"Selepas Marquez jatuh, aku terkejut dan fikir inilah peluang baik (untuk menang). Aku pun cuba ride semaksimum mungkin, ride dengan smooth. Masalahnya, Rins lagi laju masa kat hujung-hujung (perlumbaan). Dia ride pun sangat baguih. Dia baguih masa nak brek.

"Aku fikir kalau aku buat semua perfect, aku boleh attack dia sekali lagi masa last lap, tetapi tak ada luck sebab aku buat dua silap masa nak brek, dan ini sikit rugi. Macam mana pun, ini perlumbaan yang baguih," kata kekanda Rossi.

Kesilapan Marquez, melonjakkan Rossi di ranking kedua keseluruhan, cuma tiga mata di belakang Andrea Dovizioso (Winning Now Ducati Team)

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Rossi Berlatih, Memang Tiada Beza Macam Pelumba Muda!

Kejuaraan ini sangat penting, terutama selepas Marquez buat silap. Sekarang kita ada empat rider berbeza dan empat bike berbeza dengan jurang 9 mata.

"Sekarang kami dah nak balik kampung (Eropah). Aku suka race kat kampung sebab aku kenal sangat semua trek kat sana. Jerez (Sepanyol) memang sangat susah. 2017 dan 2018 ialah tahun malapetaka buat kami, Yamaha. Kami slow. Tapi ini sangat penting jika tahun ini kami boleh jadi lebih kompetitif kat sana," kata Rossi seraya meneguk minuman tenaga Monster Energy sebelum memijaknya dengan kaki hingga kemek dan bersalaman dengan media.

* Fakta artikel adalah benar, cuma lenggok dialog diubah suai supaya lebih santai dan tidak skema. Cacian dan kejian sama sekali tidak akan dilayan. Harap maklum. 

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Rins, GP Amerika, Marc Marquez, Monster Yamaha, MotoGP, sukan permotoran, Suzuki Ecstar, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev