• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia Perkenal Tuono V4 1100 Factory (2019) dengan Ciri Dikemas Kini

Aprilia Perkenal Tuono V4 1100 Factory (2019) dengan Ciri Dikemas Kini

April 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


BAKAL dilancarkan tidak lama lagi di Itali, Aprilia Tuono V4 ialah model super-naked yang kurang mendapat perhatian. Sayang sekali, setiap orang seharusnya perlu memiliki peluang merasai kelunakan enjin V4 dan kawalan elektronik untuk bantuan tunggangan. Ada banyak model super-naked di pasaran dengan karakter dan gaya tersendiri, tetapi jarang sekali yang didatangkan dengan prestasi hebat.

Sempena 2019, Aprilia memperkenalkan Tuono V4 1100 Factory yang dilengkapkan beberapa ciri elektronik terkini, seperti sistem suspensi Öhlins semi-aktif elektronik Smart EC 2.0 sebagai senjata baharu untuk berakshi di jalanan atau trek.

Ada dua pilihan mod ditawarkan, iaitu semi-aktif dengan kawalan jentera diserahkan sepenuhnya kepada sistem, dan manual yang membolehkan penunggang membuat tetapan tersendiri tanpa sebarang bantuan sistem elektronik.

BACA >>> Aprilia RSV4 1100 Factory (2019) - RSV4 yang Paling Laju, Ringan dan Berkuasa, 217hp!

 

Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019)_2
Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019)_3
Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019)_4

Mod semi-aktif akan sentiasa menilai maklum balas suspensi depan dan belakang, termasuk input penunggang untuk terotel dan brek, dan menghantar sebarang kombinasi perubahan daripada respons mikro untuk memberikan penunggang pengalaman tahap keselesaan dan sokongan tunggangan optimum dalam apa juga situasi.

Mod manual pula didatangkan dengan tiga parameter praset untuk dipilih, dan menyahaktifkan sebarang bantuan semi-aktif. Tetapan Track, Sport dan Road akan menukar suspensi untuk diserasikan dengan karakteristik prestasi mengikut situasi tunggangan. Aprilia turut melengkapkan model ini dengan paparan Antara Muka Talaan Berasaskan Objektif (OBTi) menerusi pemuka TFT warna 4.3 inci.

BACA >>> #EICMA2018: Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019) - Naked Buas dengan Suspensi Dipertingkat

Ciri lain termasuklah bantuan penunggang elektronik APRC, terdiri daripada Quickshifter (QS) dua hala hingga ABS Selekoh, kawalan traksi 8-tahap, pengehad lorong pit, kawalan jelajah dan lain-lain. Ada dua pilihan warna ditawarkan, manakala harga model dijangka sekitar £16,999 (RM92,200). 

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia Malaysia, Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019), naked bike, roda2, super naked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev