• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Evora GT4 Concept Debut di Shanghai, Versi Trek yang Lebih Ringan dan Berkuasa

Lotus Evora GT4 Concept Debut di Shanghai, Versi Trek yang Lebih Ringan dan Berkuasa

April 16, 2019 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL konsep Lotus Evora GT4 Concept melakukan debut di Pameran Auto Shanghai dengan casis dinaik taraf, enjin V6 talaan lumba, bahan gentian karbon dan sistem keselamatan patuh FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa). Susulan

Jentera trek ini dibina berasaskan casis aluminium ringan, sama seperti Evora versi jalanan, tetapi dipadukan dengan brek cakera dipertingkat, damper boleh laras, arm suspensi ringan dan bar antirol tubular. Bagi meningkatkan kekuatan struktur, dan membantu keselamatan perlanggaran, Evora GT4 Concept turut dipadankan sangkar oleng patuh FIA 8-poin.

BACA >>>Lotus Bakal Keluarkan Hypercar Elektrik Harga RM10 juta?

Evora GT4 Concept dijana enjin yang ditala daripada trenkuasa Toyota, bersesaran 3.5L V6 supercas, diambil daripada Evora jalanan. Kuasa dihasilkan mampu meledak setinggi 443hp dan tork 510Nm yang disalur ke roda belakang menerusi transmisi sekuensial 6-kelajuan dan diferensian gelincir terhad (LSD) dengan kelajuan maksimum 274kmj.

LEBIH RINGAN, BERKUASA

Model konsep ini turut mengetengahkan falsafah Lotus, 'adding lightness' (tambahan ringan) menerusi penggunaan material gentian karbon pada bampar depan dan belakang, bumbung, penutup enjin, panel suku belakang, difuser dan sayap belakang. Cermin tingkap digantikan dengan plastik, dan bateri asid plumbum ditukarkan dengan unit litium-ion, manakala rim daripada  aluminium tempa ringan.

Hasilnya, Evora GT4 Concept cuma seberat 1,200kg (tanpa pemandu), sekali gus memberikan nisbah kuasa-kepada-berat 370hp per tan. Maknanya, model ini 97kg lebih ringan dan 44hp per tan lebih banyak daripada Evora GT4 Sport versi jalanan.

BACA >>> Lotus Satukan Semula Elise dengan Pemilik Asal Nama Model itu

Akhir sekali bagi memenuhi regulasi FIA, Evora GT4 Concept ini dimuatkan dengan ciri keselamatan lengkap, terdiri daripada harnes 6-poin, kerusi lumba patuh FIA, sistem pemadam api, suis-mati elektrikal, dan tangki petrol 120 liter dengan sensor oleng dan injap lepas tekanan.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lotus, Lotus Evora GT4 Concept, model konsep, Pameran Motor Shanghai 2019, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my