• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Helmet HJC RPHA 11 Pro Captain America, Versi Kemas Kini dengan Grafik Diperhalusi

Helmet HJC RPHA 11 Pro Captain America, Versi Kemas Kini dengan Grafik Diperhalusi

April 16, 2019 By Aryon Leave a Comment

581
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HJC Helmets kembali lagi dengan produk helmet adiwira baharu. Sempena menyambut siri akhir Avengers, pengeluar tersebut melancarkan versi kemas kini untuk helmet Captain America, iaitu salah seorang watak utama dalam pasukan adiwira penyelamat bumi itu.

Grafik HJC RPHA 11 Pro Captain America kali ini diperhalusi lebih baik dengan mengambil motif seragam kulit dipakai Steve Rodger. Ia meniru plat bahu dan corak bintang di dada, serta jalur merah putih di pinggang untuk menggantikan skema warna lama, iaitu putih atas warna latar biru dan corak bintang pada perisai sebagai grafik belakang helmet.

BACA >>> HJC Perkenal Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II, Harga AS$199.99 (RM788.26)

Rekabentuk baharu ini ialah  versi kemas kini untuk model helmet lama, Captain Star Spangled Banner, CL-17.

Helmet baharu ini menawarkan ciri RapidFire II™ Shield Replacement System, yang memudahkan penunggang menukar visor cermin atau  menanggalkan pad pipi, dan ada juga pelapik fabrik dalaman antibakteria, lensa antikabus, ventilasi dinaik taraf untuk bahagian kepala dan dagu, dan dimuatkan dengan poket pembesar suara untuk komunikasi.

Helmet ini juga ringan dan mudah untuk dibawa, apalagi bila disarungkan, manakala material cengkerang daripada Matriks Bersepadu Premium (P.I.M Plus) yang menurut HJC berfungsi meningkatkan rintangan kejutan. Di pasaran, HJC RPHA 11 Pro Captain America dijual pada harga AS$599.99 (RM2,400), tambahan AS$200 (RM800) daripada harga asas helmet itu.

BACA >>> Helmet HJC RPHA 11 Venom 2 dengan Grafik Antihero Versi Lebih Jahat

Apapun, harga untuk menyelamatkan kepala sendiri sudah tentu tiada nilainya.

Related

581
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Avengers, Captain America, helmet, HJC Helmets, HJC RPHA 11 Pro Captain America, Steve Rodger, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev