MEKANIK, yang juga pemilik bengkel Wijaya Motor Sport di Kemanggisan Pulo, Jakarta Barat ini sudah biasa membaik pulih motosikal lumba dan biasa. Rutin sama membuatkan dia mula bosan dan bagi melepaskan tekanan, dia memikirkan mahu mengubah suai Honda CB100 (1976).
Dek sudah biasa menanggalkan komponen badan motosikal, Rico Wijaya melakukan perkara sama untuk projek tersebut. Sasaran pertama ialah bahagian hendal dengan mengubah posisi komponen itu mengikut cita rasa sendiri.
BACA >>> #BikinMotor: Honda Cross Cub 110 Adventure dari Daytona untuk Pengembara
Tetapi proses itu tidak semudah disangka kerana dia perlu memasang suspensi depan dahulu sebelum dipasangkan rim dan tayar. Mengubah sudut rake bukan keutamaan, tetapi ketelitian sangat diperlukan ketika memasang tayar dan suspensi.
UBAH KONSEP SEBANYAK DUA KALI
Ia perlu disesuaikan dengan jarak bebas roda depan dengan enjin untuk mendapatkan nilai estetika sesuai. Jadi, klamp plat segitiga hendal dipotong, dan ditarah sedikit demi sedikit hingga mendapat jarak bersesuaian. Kemudian, Rico mengubah bahagian casis hingga memaksa dia menukar konsep motor asal sebanyak dua kali.
Konsep pertama cafe racer terpaksa diubah menjadi gaya Japs seperti menunggang jentera cruiser. Posisi absorber belakang atas dinaikkan 5sm yang mana perubahan tersebut langsung mengubah posisi tunggangan kepada gaya Japs yang lebih selesa untuk kegunaan harian.
BACA >>> Honda CB1100 RS (88hp) - Superbike Retro 70-an Kini di Malaysia, Harga RM75,999
Kemas kini tidak berakhir di situ saja dan bagi menyempurnakan gaya Japs, bahagian tangki minyak ditukar menjadi lebih panjang. Kini kapasiti liter petrol mampu menampung lebih empat liter, sekali gus menjadikan CB100 semakin agresif, tetapi kekal minimalis.
Rico turut menggunakan ekzos kustom keluli tahan karat SKR, lampu depan LED, fork depan Yamaha Byson dan swingarm Replika Ninja 150 RR.
SUMBER: Naikmotor
Leave a Reply