• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Katana (2019) Kini di Malaysia, Bila Lancar?

Suzuki Katana (2019) Kini di Malaysia, Bila Lancar?

April 12, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

5.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Oktober tahun lalu, kami ada melaporkan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd (SAM) bakal menerbangkan Suzuki Katana (2019) ke Malaysia. Nampaknya model legenda itu sudah pun tiba di pusat jualan SAM di Perai, Pulau Pinang, tadi. Sama ada sudah dijual atau rasmi berada di pasaran masih belum dapat dipastikan.

Menerusi laman Facebook milik Suzuki Malaysia tertera kapsyen 'Suzuki Katana...Ya, dah sampai lah, Yes, it arrived'. Status tersebut turut disertakan sekali dengan lapan foto Suzuki Katana di depan pusat jualan SAM, termasuk imej model itu yang baru dibuka dari kotak.

Dengan rekabentuk lampu utama bersegi, Katana (2019) baharu tampil begitu dramatik dengan siluet badan moden. Ia juga nampak lebih kompak berbanding generasi terdahulu, dengan saiz badan lebih pendek dan gemuk di depan. Model ini memiliki berat 215kg, manakala jarak roda 1,460mm.

Enjin pula dipinjamkan daripada GSX-R1000, jenis empat sebaris 999cc berkuasa 148hp dan tork 108.4Nm. Di sebalik rekabentuk penuh bersejarah itu, Katana (2019) dilengkapkan teknologi motosikal moden masa kini seperti klac pengehad tork belakang (BTLC)*, 3 mod pacuan, kaliper brek Brembo dan set tayar tiubles khas.

* back-torque-limiting clutch

BACA >>> Suzuki Katana Versi Hitam Akan Muncul di EICMA 2018, Ilham Drama TV Jepun Popular

Di Britain, Katana (2019) dijual pada harga £11,399 (RM61,700). Diharapkan harga model itu akan jadi lebih murah apabila mula dijual nanti. Mungkin ramai peminat Suzuki mengeluh tentang hala tuju SAM di Malaysia yang meminggirkan motosikal sesaran kecil. Sebagai makluman, buat masa ini SAM hanya menumpukan kepada motosikal besar aka big bike untuk pasaran Malaysia.

Jadi janganlah mengimpikan kemunculan model GSX R150 atau Belang FI edisi baharu.

BACA >>> Suzuki Bangunkan Teknologi Reflektor Radar, Bantu Elak Kemalangan Akibat Dilanggar

GALERI

Related

5.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, roda2, Suzuki, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd (SAM), Suzuki Katana (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my