MALAYSIA Autoshow 2019 bakal membuka pintu pada esok hari (11 April). Menariknya, sempena pameran automotif itu, Perodua bakal memperkenalkan Bezza Edisi Terhad yang hanya dikeluarkan 50 unit pada harga RM44,900.
Tempahan model tersebut kini dibuka kepada orang ramai yang hadir pada Malaysia Autoshow 2019. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri model berkenaan dengan lebih dekat. Menurut Perodua, tempahan Bezza Edisi Terhad itu tidak dibuka di mana-mana cawangan Perodua seluruh negara, cuma sempena Malaysia Autoshow 2019.
BACA>>>Perodua Bezza Masuk Sri Lanka, Harga Pasaran RM103k (Bersyukurlah)
Menggambarkan personaliti pemilik unik dan sporty, Bezza Edisi Terhad itu didatangkan dengan aksesori GearUp ekslusif. Berdasarkan Bezza 1.3 Premium X, Edisi terhad itu tampil dengan warna badan Ivory White (putih), kit badan GearUp kemasan hitam kusam yang dikelilingi jalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam kusam.
Di samping itu bahagian bumbung dicat hitam bersama rim aloi berwarna kelabu gelap, perumah cermin sisi berwarna merah dan pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi. Bahagian dalam pula menerima sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah serta karpet koil GearUp.
Perodua turut menawarkan hadiah tunai untuk dimenangi yang bernilai hingga RM20,000. Ini termasuk tawaran eksklusif dan baucar kepada pengunjung yang singgah ke reruai Perodua di Dewan A. Malah, pengunjung turut berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu model Aruz!
BACA >>> Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang
Malaysia Autoshow 2019 akan berlangsung pada 11-14 April ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.
Leave a Reply