• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Super Moped Modenas Sah Tidak Jadi Jual

Super Moped Modenas Sah Tidak Jadi Jual

April 10, 2019 By Abang GYL 3 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI berita yang baru kami terima. Motosikal super moped Modenas yang dinanti-nantikan peminat dua roda di Malaysia sah tidak jadi dijual.

Kepada peminat yang ternanti-nanti kehadiran super moped Modenas, anda mungkin akan kecewa dengan berita ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Menurutnya, pembikinan enjin baharu itu tidak dapat diteruskan kerana kos pelaburan yang sangat tinggi dan tidak berbaloi. Jadi, pembikinan enjin itu terpaksa dihentikan.

Sedia maklum, proses pembuatan enjin dibikin khas pasukan jurutera Modenas sendiri yang 'berkampung' hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria sebelum ini bagi memastikan pembikinan enjin berjalan lancar kini tidak diteruskan.

Sebelum ini, kami pernah melaporkan kehadiran super moped Modenas ke pasaran Malaysia susulan beberapa foto bocor di laman sosial. Pada waktu itu, kami dimaklumkan super moped Modenas baharu nanti bakal didatangkan dalam dua varian enjin, 150cc dan 175cc. Bagaimanapun, semuanya kini dalam kenangan.

Persoalannya, apakah akan jadi pada enjin Modenas yang sudah dibikin khas oleh jurutera anak tempatan itu. Adakah ia akan dibiar saja begitu atau mungkin Modenas ada perancangan lain kelak. Kepada Ahmad Ahmad, walaupun dah lama tak nampak, harap anda tidak lagi bersedih 🙂

Sayonara super moped Modenas!!!

BACA >>> Kawasaki Motor Corporation Beli Saham Majoriti Modenas? Apa Sudah Jadi?

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

BACA >>> Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai

Moped Modenas
moped modenas
Foto Moped Modenas_PanduLaju (7)
moped 175cc Modenas

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cerita moped modenas, Datuk Seri Syed Faisal Albar, moped 150 modenas, moped modenas, motor modenas, motor moped modenas, super moped modenas

Comments

  1. lolsomany says

    April 11, 2019 at 11:06 PM

    modenas nak jadi proton ke? ingat lagi enjin GDi proton? bertahun2 buat ujian last2 dibakul sampahkan. proton merancang untuk rebadge kereta geely manakala modenas nak rebadge bajaj untuk moped ke?

    bajaj mana ada moped, kawasaki pun dah takde moped.......

    Reply
  2. Sufi says

    April 16, 2019 at 7:43 PM

    Modenas masih boleh bt moped menggunakn enjin bajaj pulsar ns200 yg ditala semula.. Modenas CT115S ade rupa yg menarik.. Mungkin sedikit upgrade spt tangki minyak 7 liter,lampu LED headlamp,taillamp,lampu signal led, killer switch, slipper clutch & assist, upside down fork, dan dual channel ABS..

    Reply
  3. Muhammad Umar Sufyan says

    January 4, 2023 at 11:47 AM

    Boleh buat electric bike 150cc baru bedesup pulangan dalam zaman penjimatan tenaga dan pengurangan pencemaran alam. 😂😂 dulu ctric modenas xlaku, sebab kelajuan hanya 75KM/h .😂😂😂 mana ada orang nak beli buat jalan kampung pun x seronok sebab jalan berbukit-bukit Malaysia nie. Jadi harap jurutera Malaysia boleh copy je teknologi yang sedia ada dan masuk ke body jenama Malaysia. baru dapat berjaya dunia dan akhirat.. haha.. itu yang jurutera2x dari China dan tentera mereka lakukan untuk meningkatkan ekonomi dan kuasai ekonomi di sana. Segala yang baik hanya dari Allah SWT. semoga negara kita berjaya meningkatkan produktiviti pembuatan dan barangan mentah. Aamiin..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev