• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Maxx 'N Go-Shopee Tawar Pakej Beli dan Pasang Aksesori, Alat Ganti Kenderaan

Maxx 'N Go-Shopee Tawar Pakej Beli dan Pasang Aksesori, Alat Ganti Kenderaan

April 10, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN Maxx 'N Go kini boleh dilanggan secara atas talian @ online menggunakan platform e-dagang, Shopee. Kerjasama itu membawa era baharu perkhidmatan servis kenderaan yang kini beroperasi secara online dan pasti memudahkan lagi gaya hidup pengguna di Malaysia.

Membeli alat ganti dan aksesori secara online sudah jadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, tetapi pengguna menghadapi kesukaran mahu memasang komponen dibeli. Namun, itu bukan masalah lagi kerana perkhidmatan Maxx 'N Go kini boleh didapati di Shopee.

APA PERLU BUAT?

Anda cuma perlu buka akaun Shopee, dan beli komponen atau aksesori kenderaan yang ditawarkan Maxx 'N Go menggunakan platform tersebut. Kemudian, Maxx 'N Go akan menghubungi anda untuk menetapkan janji temu sebelum pasukan mekanik dihantar dan pemasangan produk dibuat.

BACA >>> Aplikasi Mobil, Maxx N GO Tawar Servis Serendah RM99 kepada Pemandu GrabCar

CARI PENJUAL, PRODUK DI BAWAH PROGRAM MAXX N GO

Mudah saja mencari penjual dan produk terlibat. Anda hanya perlu taip Maxx 'N Go pada ruang carian Shopee atau klik pada imej produk Maxx N Go. Bagaimanapun, buat masa ini servis Maxx N Go bersama Shopee hanya ditawarkan kepada pengguna sekitar Lembah Klang dan Seremban, selama tujuh hari  bermula 8.30 pagi  hingga 6.30 petang.

BACA >>> Tempahan Proton X70 Atas Talian Kini Dibuka - Hanya Perlu Bayar RM99!!!

SERVIS DITAWARKAN

Maxx N Go:Shopee_2
Maxx N Go:Shopee_3

Maxx 'N Go menawarkan pemasangan aksesori dan alat ganti serta servis menukar minyak hitam hanya di depan pintu rumah anda. Kerjasama strategik ini bukan saja memudahkan, tetapi menjimatkan masa pengguna.

PROMOSI

Bulan ini, Shopee meraikan Festival Jenama Shopee, yang mana pelanggan akan menerima Hari Baucar Bonus pada Isnin, Rabu dan Jumaat serta terima 2x Coin pada Selasa dan Khamis serta penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 (hujung minggu), hingga 24 April ini.

BACA >>> HAVAL Malaysia-Maxx N Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil

Sementara itu, pada 23 April ini, peminat automotif boleh menikmati penjimatan dengan pembelian komponen dan aksesori serta ganjaran berganda apabila membeli produk dengan pakej penghantaran dan pemasangan Maxx 'N Go.

Related

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, e-dagang, Maxx 'N GO, minyak hitam, Platform Online, Servis Bergerak, Servis Kenderaan, Shopee

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev