• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota C-HR Neon Lime, SUV Edisi Terhad yang Dikeluarkan 2,000 Unit Sahaja

Toyota C-HR Neon Lime, SUV Edisi Terhad yang Dikeluarkan 2,000 Unit Sahaja

April 9, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA khabar Toyota C-HR pasaran tempatan? Harus diakui kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak ini mempunyai peminat tersendiri walaupun dipasarkan pada harga premium. Tidak susah hendak melihat kelibat C-HR atas jalan raya kerana mata mudah tertumpu pada SUV yang tampil dengan rekabentuk ekspresif.

Kepada pelanggan yang mahukan sesuatu lebih eksklusif, ada satu tawaran istimewa daripada Toyota Eropah, iatu C-HR Neon Lime, dikuasakan JBL.

UNIT TERHAD, BUNYI PREMIUM

Hanya 2,000 unit saja dikeluarkan sebagai meraikan hubungan antara C-HR dan muzik. SUV tersebut dilengkapi sistem bunyi premium JBL dan 60⁰ JBL Music Experience Pack, terdiri daripada set pembesar suara JBL, fon kepala dan langganan perkhidmatan strim muzim Internet, Deezer selama enam bulan.

Seperkara menarik diperhatikan, warna Neon Lime kini diangkat Toyota secara arus perdana. Ini satu lagi pembaharuan menarik dilakukan pengeluar automotif dari Jepun itu yang tidak lagi tipikal dengan warna putih, hitam atau perak sahaja. Malah, warna hijau terang itu turut ditawarkan untuk Toyota Yaris baharu versi pasaran tempatan, dipanggil Citrus Mica Metallic (foto atas).

Warna Neon Lime untuk C-HR itu dipadankan warna kontras hitam pada bumbung, dan rim aloi 18 inci. Ruang dalaman turut bertemakan hitam yang dapat dilihat pada kulit hitam dan  kerusi sport daripada material Alcantara®, khas untuk model ini.

Selain tampil ekspresif, C-HR Neon Lime digerakkan sistem hibrid cas sendiri. Melalui sistem tersebut, pemandu dapat menikmati pemanduan sebuah kereta dengan mod emisi sifar secara lebih kerap berbanding biasa. Model edisi terhad ini akan menemui pelanggan Eropah bermula bulan ini.

BACA >>> Toyota Corolla GR Sport (2019) yang Sporty, Minimalis dan Ada Kelas!

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV subkompak, Toyota, Toyota C-HR, Toyota C-HR Neon Lime, Toyota C-HR Neon Lime powered by JBL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev