• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konvoi Proton X70 Malaysia-China Sejauh 13,000km Tiba di Hangzhou, Tiada Masalah Pun

Konvoi Proton X70 Malaysia-China Sejauh 13,000km Tiba di Hangzhou, Tiada Masalah Pun

April 8, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda masih ingat, Februari lalu sembilan Proton X70 memulakan perjalanan dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Malaysia menuju China.  Selepas meredah perjalanan sejauh 13,000km selama 33 hari, akhirnya semua peserta selamat tiba di Hangzhou China.

Konvoi itu dilakukan bagi membuktikan ketahanan dan kelasakan Proton X70 dalam menempuh perjalanan jauh yang cukup mencabar. Lebih penting, X70 tidak mengalami sebarang masalah sepanjang perjalanan merentasi empat negara itu. Perjalanan dapat dilengkapkan dengan sukses dengan hanya perlu mengikuti selang servis disarankan.

BACA >>> Konvoi Malaysia-China Proton X70 Tiba di Sempadan China, Apakah Terjadi Seterusnya?

Konvoi Malaysia-China Proton X70_5
Konvoi Malaysia-China Proton X70_2
Konvoi Malaysia-China Proton X70_17

Masing-masing meluahkan rasa lega kerana tiada masalah besar dihadapi sepanjang perjalanan, lebih-lebih lagi ketika berada di kawasan pinggir bandar dan desa dengan sokongan teknikal erbatas. Satu-satunya perkara yang perlu dielakkan ialah masalah mekanikal besar.

PERJALANAN JAUH TIDAK TERASA DENGAN X70

Masing-masing peserta mengakui pemanduan X70 tidak mengecewakan dengan prestasi enjin lancar dan ruang kabin selesa serta ergonomik pemanduan terbaik. Bagi peserta yang memandu varian Premium, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) semestinya banyak membantu mereka melalui jalan raya dalam bandar dengan lalu lintas padat dan lebuh raya.

Konvoi Malaysia-China Proton X70_8
Konvoi Malaysia-China Proton X70_9
Konvoi Malaysia-China Proton X70_10

"Kami kagum dengan tahap keselesaan dan penambahbaikan Proton X70. Selepas perjalanan sejauh 13,000km, saya yakin dengan pembelian SUV ini, ia pilihan terbaik dalam kelasnya," kata salah seorang peserta, Datuk Wong Kean Hwee.

BACA >>> Baru 3 Bulan, Proton X70 Terima Lebih 20,000 Tempahan

Seorang lagi peserta, Lim Mee berkata, perjalanan epik ke China memberi peluang kepadanya untuk mempelajari kepelbagaian budaya setiap negara. Menurutnya, pemilihan kereta yang sesuai juga penting dan X70 ialah pilihan terbaik kerana SUV itu bukan saja tiada masalah, tetapi penumpang juga rasa selesa sepanjang perjalanan jauh, dan semestinya sangat selesa untuk untuk pemanduan harian.

Sebaik tiba di Pusat Pengalaman Geely, Hangzhou, peserta berpeluang melihat sendiri kepakaran dan keupayaan rakan usahasama strategik Proton itu dalam dunia automotif.

GALERI

Related

302
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, harga suv proton, Konvoi Proton X70 Malaysia-China, proton suv, Sistem ADAS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev