• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Benarkah Penunggang Motosikal Tidak Wajib Pakai Helmet di Amerika Syarikat?

Benarkah Penunggang Motosikal Tidak Wajib Pakai Helmet di Amerika Syarikat?

April 8, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA menonton filem Hollywood, kita tentu sudah biasa melihat aksi si pelakon menunggang tanpa helmet sampai terdetik dalam fikiran, best-nya duduk sana sebab tak payah pakai helmet. Benarkah di Amerika Syarikat (AS) tiada undang-undang mewajibkan pemakaian helmet?

Memang betul majoriti negeri di AS tiada undang-undang mandatori tentang pemakaian helmet. Bayangkan daripada 50 negeri, cuma 20 negeri, termasuk ibu kota Washington saja yang mewajibkan penunggang motosikal memakai helmet. Selebihnya sama ada mensyaratkan helmet untuk penunggang bawah 18 tahun ataupun langsung tiada undang-undang helmet.

BACA >>> Nitrinos Predator - Helmet Kustom yang Sah Dipakai Menunggang di Rusia

Bagaimanapun, cuma tiga negeri yang tiada langsung peraturan wajib memakai helmet, iaitu Illinois, Iowa dan New Hampshire.

TETAP KENA IKUT PERATURAN

tunggang-motosikal-usa-2
Bike Week
tunggang-motosikal-usa-1

Namun, disebabkan undang-undang berbeza setiap negeri, penunggang yang mahu mengembara rentas negeri terpaksa juga berhelmet atau membawa helmet ketika menunggang. Malah di AS, suasana penunggang berhenti di sempadan sesebuah negeri untuk memakai helmet bukan lagi jadi perkara pelik di sana kerana takut disaman.

Kalau di Malaysia, bolehlah bayangkan, bermotosikal tanpa helmet dari KL, dan berhenti di sempadan Perak untuk menyarung helmet kerana undang-undang Perak mewajibkan penunggang berhelmet. Mujurlah undang-undang jalan raya Malaysia seragam.

Ada empat kategori umum pemakaian helmet di AS, iaitu:

  • Wajib untuk setiap penunggang
  • Wajib untuk setiap penunggang bawah 21 tahun
  • Wajib untuk setiap penunggang bawah 18 tahun
  • Tidak wajib untuk semua

Malah, setiap negeri di AS juga menetapkan syarat khas berbeza, misalnya enjin bawah 50cc, atau amaun insurans tertentu yang mesti dibawa jika menunggang tanpa helmet.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Memilih Helmet yang Sesuai dengan Saiz Kepala?

Di bawah ini ialah senarai negeri-negeri di AS yang menguatkuasakan undang-undang pemakaian helmet mengkut empat kategori disebutkan di atas:

* 'Setiap orang' ialah negeri yang mewajibkan penunggang memakai helmet tanpa mengira usia.

  1. Alabama: Setiap orang
  2. Alaska: Bawah 18
  3. Arizona: Bawah 18
  4. Arkansas: Bawah 21
  5. California: Setiap orang
  6. Colorado: Bawah 18 (penunggang dan pembonceng)
  7. Connecticut: Bawah 18
  8. Delaware: Bawah 19
  9. Florida: Bawah 21
  10. Georgia: Setiap orang
  11. Hawaii: Bawah 18
  12. Idaho: Bawah 18
  13. Illinois: Tiada undang-undang helmet
  14. Indiana: Bawah 18
  15. Iowa: Tiada undang-undang helmet
  16. Kansas: Bawah 18
  17. Kentucky: Bawah 21
  18. Louisiana: Setiap orang
  19. Maine: Bawah 18
  20. Maryland: Setiap orang
  21. Massachusetts: Setiap orang
  22. Michigan: Bawah 21
  23. Minnesota: Bawah 18
  24. Mississippi: Setiap orang
  25. Missouri: Setiap orang
  26. Montana: Bawah 18
  27. Nebraska: Setiap orang
  28. Nevada: Setiap orang
  29. New Hampshire: Tiada undang-undang helmet
  30. New Jersey: Setiap orang
  31. New Mexico: Bawah 18
  32. New York: Setiap orang
  33. North Carolina: Setiap orang
  34. North Dakota: Bawah 18
  35. Ohio: Bawah 18
  36. Oklahoma: Bawah 18
  37. Oregon: Setiap orang
  38. Pennsylvania: Bawah 21
  39. Rhode Island: Bawah 21
  40. South Carolina: Bawah 21
  41. South Dakota: Bawah 18
  42. Tennessee: Setiap orang
  43. Texas: Bawah 21
  44. Utah: Bawah 21
  45. Vermont: Setiap orang
  46. Virginia: Setiap orang
  47. Washington, D.C.: Setiap orang
  48. West Virginia: Setiap orang
  49. Wisconsin: Bawah 18
  50. Wyoming: Bawah 18
  • Washington (ibu negara): Setiap orang

SUMBER: RideApart

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat (AS), AS, Auto Terkini, Penunggang Motosikal, Undang-Undang Helmet, Undang-Undang Jalan Raya, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev