• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 12 Fakta Pantas: Ford Kuga (2019) Serba Baharu dengan Bahasa Rekabentuk Unik

12 Fakta Pantas: Ford Kuga (2019) Serba Baharu dengan Bahasa Rekabentuk Unik

April 8, 2019 By Azhan O Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD mendedahkan Kuga generasi ketiga yang juga dikenali sebagai Escape di pasaran Amerika Syarikat (AS), termasuk Malaysia suatu masa dulu.

Kuga (2019) ialah model pertama Ford yang menawarkan trenkuasa elektrik untuk pelancaran sulung, termasuk varian hibrid ringan, hibrid plug-in (PHEV) dan hibrid penuh, selain memiliki dimensi lebih besar berbanding model terdahulu.

Apakah fakta menarik tentang kenderaan utiliti sukan (SUV) ini?

1. Kuga (2019) serba baharu menampilkan siluet slik dengan sosok badan yang menyokong ruang kabin lebih luas dan selesa.  SUV kompak ini memperkenalkan bahasa rekabentuk baharu dan berbeza dengan mengetengahkan rupa lebih lembut, slik dan elegan, terutama gril depan yang nampak mirip pengeluar senegara dalam segmen mewah, Aston Martin.

BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 - Ford Fiesta Selesa di Atas

PLATFORM GLOBAL BAHARU

ford-kuga-2019-4
ford-kuga-2019-2
ford-kuga-2019-5

2. Kuga (2019) ialah SUV Ford pertama dibina berasaskan Platform C2, iaitu arkitektur global baharu dengan tambahan 10 peratus kekuatan torsi dan lebih ringan kira-kira 90kg berbanding model terdahulu.

3.  Kuga (2019) juga model Ford paling lengkap kerana datang bersama opsyen varian hibrid, manakala enjin konvensional menampilkan 2 enjin diesel dan 1 petrol.

4. Enjin diesel terdiri daripada:

  • 2.0L EcoBlue (190hp), 5.7 liter per 100km
  • 1.5L EcoBlue (120hp), 4.8 liter per 100km

Enjin diesel EcoBlue ditala untuk memberikan kecekapan bahan api menjimatkan.

5. Enjin petrol pula terdiri daripada:

  • 3-silinder 1.5L EcoBoost pengecas turbo (dua opsyen kuasa, 120hp dan 150hp)

Enjin petrol EcoBoost menampilkan sistem nyahaktif silinder pertama industri untuk enjin 3-silinder yang mampu menyahhubung atau menghubungkan semula satu silinder dalam 14 milisaat. Ketiga-tiga enjin ini juga dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan baharu Ford dan opsyen sistem pacuan semua roda (AWD).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

PILIHAN ENJIN HIBRID

ford-kuga-2019-16
ford-kuga-2019-15
ford-kuga-2019-17

6. Kuga (2019) baharu juga didatangkan dengan tiga pilihan enjin hibrid:

  • PHEV - Enjin petrol 2.5L dengan bateri litium-ion 14.4kW (223hp), 82km per liter.
  • Hibrid Ringan (Mild-Hybrid) -  Enjin diesel 2.0L EcoBlue (148hp) dengan generator pacuan tali sawat yang berfungsi sebagai motor,  menggunakan tenaga disimpan untuk menghasilkan bantuan tork elektrik kepada enjin ketika pemanduan normal dan memecut, termasuk menggerakkan tenaga elektrik sampingan kenderaan.
  • Hibrid Penuh (Full Hybrid) - Enjin hibrid-penuh cas sendiri untuk pemanduan elektrik tulen sepenuhnya, dengan menggabungkan enjin petrol 2.5L.

Menurut Ford, kedua-dua enjin hibrid ringan dan penuh itu menawarkan  penjimatan bahan api sekitar 20km per liter.

DIMENSI BAHARU, CIRI TEKNOLOGI TERKINI

ford-kuga-2019-13
ford-kuga-2019-3
ford-kuga-2019-9

7. Dimensi Kuga (2019) ialah 40mm lebih lebar dan 89mm lebih panjang berbanding model sedia ada, manakala jarak roda ditingkatkan 20mm. Ini memberikan lebih ruang bahu dan pinggul untuk kerusi depan.

8. Didatangkan dengan teknologi FordPass Connect yang menjadikan SUV ini sebagai hotspot bergerak dengan keupayaan sambungan WiFi untuk 10 peranti. Ia juga menggabungkan ciri pengesan kenderaan, status kenderaan, penghidup kenderaan kawalan jauh, pembuka kunci pintu dan fungsi e-panggilan.

9. Dilengkapi sistem konektiviti SYNC 3 dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Konsol tengah papan pemuka terhidang sistem infotainment 8.0 inci, dan kluster instrumen LCD bersaiz 12.3 inci yang direka supaya sepadan dengan rekabentuk dalaman SUV baharu ini.

BACA >>> #PanduUji: Si Ranggi Kota Ford Ranger XLT Plus yang Bukan Klise

10. Menggunakan sistem bunyi B&O dengan 10 pembesar suara dan subwufer luaran. Tidak dilupakan bumbung suria panoramik, teknologi buka pintu but automatik, dan kawalan bunyi aktif untuk meredakan bunyi bising yang tidak diingini dari enjin dan transmisi.

KESELAMATAN TERMAJU

11. Aspek keselamatan Kuga (2019) dipakejkan dengan teknologi bantuan pemandu, Ford Co-Pilot360 yang terditi daripada:

  • Bantuan Pra-Perlanggaran (PCA) dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Sikal
  • Sistem Kekal Lorong (LKS) dengan Bantuan Titik Buta (BSA)
  • Pengecaman Tanda Halaju
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti & Mula
  • Bantuan Pra Perlanggaran Simpang (PCAI)
  • Kawalan Lorong Tengah (Lane-Centering)
  • Bantuan Stereng Evasif
  • Bantuan Kekal Loorong (LKA) dan Amaran Salah Jalan (WWA)
  • Lampu utama adaptif dengan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB)
  • Brek Pasca Perlanggaran (PCB)
  • Bantuan Parkir Aktif (APA) 2.0, untuk parkir menegak dan selari

12. Kuga (2019) akan dilancarkan di Eropah dan AS tahun ini. Masih tiada maklumat tentang kemasukan Kuga untuk pasaran Malaysia. Apapun, Kuga memang sudah sedia ada dalam senarai SDAC Ford Malaysia sebagai wakil pengedar kenderaan Ford di Malaysia. Cuma masa sebenar yang belum diketahui

BACA >>> Ford Mustang Shelby GT500 (2020) dengan Supercas V8 Berkuasa 700hp

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Kuga, Ford Kuga (2019), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Platform C2, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev