• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang

Malaysia Autoshow 2019 Buka Pintu 11 April Ini, Jangkaan 350,000 Pengunjung Datang

April 5, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA AutoShow 2019 bakal membuka pintu buat kali kelima bermula 11-14 April ini bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor. Bertemakan 'Mobiliti Untuk Semua', pameran automotif ini kekal meneruskan tradisi dengan mempamerkan banyak model kenderaan masa kini dan kepelbagaian teknologi termaju di pasaran.

Tahun ini, sebanyak 32 OEM dan 170 pempamer dari tujuh negara menjadi peserta. Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) menjangka kedatangan seramai 350,000 pengunjung sepanjang empat hari acara  berlangsung.

BACA >>> Tiket Percuma ke Malaysia Autoshow 2019

Malaysia AutoShow 2019 dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

DEWAN A

Seperti mana tahun sebelumnya, Dewan A menjadi lokasi utama mempamerkan kenderaan terkini di Malaysia, termasuk model cekap tenaga baharu. Lebih 100 kenderaan daripada OEM bakal terlibat, dan tidak ketinggalan, pengunjung akan ditawarkan pakej promosi dan kewangan istimewa menerusi rakan usahasama bank.

DEWAN C

Dewan C akan mempamerkan International Auto Modified (IAM), khas buat penggemar modifikasi, ubah suai dan restorasi tempatan yang boleh dijadikan ilham menerusi pameran gaya hidup modifikasi dan kustom kenderaan.

DEWAN D

Dinamakan Dewan Mobiliti MARii. Sebaik saja melangkah masuk, pengunjung akan berada dalam kembara automotif menerusi gaya, rekabentuk, kejuruteraan dan pembuatan. Pengunjung akan dijelaskan tentang visi sistem mobiliti eko Malaysia. Lebih 25 pempamer mengambil bahagian, terdiri daripada 100 pemain industri automotif, pembekal servis kejuruteraan, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan agensi Kerajaan akan menayangkan pelbagai teknologi, proses dan gerak kerja, termasuk teknologi baharu seiring Industri 4.0.

BACA >>> Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi, Janjikan Lebih Keterujaan dan Keseronokan!

Acara tahun ini juga menampilkan 'Bandar Mobiliti' dan 'Arena Aktiviti MARii' dengan menyediakan aktiviti keluarga seperti robotik, kelas pengekodan dan pertandingan e-Sports. Buat kali pertama, MARii akan berkolaborasi dengan Sabah's Kinabalu Coders untuk membawakan 'Kejohanan Robot Combat'.

GALERI

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Industri 4.0, Institut Automotif, Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Malaysia Autoshow 2019, MARii, Pameran Auto, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Sabah's Kinabalu Coders

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my