• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

April 5, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

354
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA nama ini cukup besar dalam sejarah sukan permotoran, tetapi mereka juga saling berseteru. Pada usia 26 tahun, Marc Marquez meraih lima kejuaraan dunia. Valentino Rossi pula ialah bintang MotoGP selama hampir dua dekad dengan rekod 115 kejuaraan Grand Prix (GP).

Pada GP Argentina lalu, Marc Marquez (Repsol Honda) sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang apabila merangkul kejuaraan dengan jauh mendahului lawan di belakang, Rossi (Monster Yamaha). Aksi minggu lalu juga menyaksikan kedua-dua pelumba berada pada mood yang baik, dan mereka berdua dilihat saling berjabat tangan selepas perlumbaan.

BACA >>> Aksi Marsyal GP Argentina Berswafoto Atas Motor Rossi Jadi Tular (Untunglaaa...)

Rossi dan Marquez saling bersalaman dan bermaafan. Kenapa perlu tunggu Raya?

Namun, Marquez mendakwa dia tidak mungkin dapat rapat kembali dengan Rossi berikutan insiden melibatkan dia dan pelumba veteran itu. Tambahan lagi Rossi ialah pelumba paling dikenali atas trek.

"Apa berlaku tahun lalu, saya tiada masalah mengakui itu ialah kesilapan saya dan itu sebab kenapa saya mahu minta maaf.

BACA >>> Marquez Tidak Akan ke Yamaha Selagi Ada Rossi dan Jarvis

"Apa yang penting ialah kita tahu kita sudah buat salah, tetapi tahun ini jalan cerita sudah banyak berubah," kata Marquez.

Menurut pelumba Sepanyol itu, masa mengubah segalanya, tetapi secara logik adalah sukar untuk dia menjadi kawan kepada salah seorang pesaing. Boleh dikatakan mustahil kerana mereka berdua ialah seteru di trek.

“Tetapi di luar trek, perlu ada hormat," ujar Marquez lagi.

BACA >>> Adinda Marquez Lakar Sejarah - Juara MotoGP Pertama Tercabut Bahu!

SUMBER: DailyStar

Related

354
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, GP Argentina, Marc Marquez, roda2, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my