SEORANG anggota polis di Illinois, Amerika Syarikat maut ketika cuba menyelamatkan pengguna jalan raya lain dengan menghentikan sebuah kereta yang dipandu menentang arus jalan.
Kemalangan berlaku pagi Sabtu lalu (30 Mac), apabila Gerald Ellis menggunakan kereta peronda dipandunya untuk menghentikan kereta suspek yang dilihatnya memasuki laluan bertentangan di satu lebuh raya. Dia ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.
BACA >>> Keke Challenge: Dubai Tahan Penari di Media Sosial, Sepanyol Catat Kes Kemalangan
Menurut seorang wanita yang menyaksikan insiden tersebut, dia melihat Ellis bergegas melintang keretanya dalam dua lorong jalan untuk menghalang kereta suspek walaupun tindakan itu jelas membahayakan nyawanya sendiri. Dia kemudian dibawa ke hospital di Libertyville, tetapi gagal diselamatkan. Suspek juga maut akibat perlanggaran tersebut.
Tindakan berani Ellis itu dipuji ramai sebagai wira kerana berjaya menyelamatkan ramai nyawa yang mungkin terkorban jika dia tidak melakukan sesuatu. Malah, ketika rempuhan berlaku, kereta suspek mungkin merempuh sebuah kereta di belakang Ellis yang dipandu seorang wanita dan anak perempuannya.
"Gerald Ellis ialah wira saya. Dia korbankan nyawanya untuk selamatkan anak perempuan saya," coret Carrie Kay dalam laman Facebook. Dia ialah saksi yang betul-betul berada di belakang kenderaan peronda Ellis ketika kemalangan berlaku.
BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Tindakan Segera untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal
“Terima kasih atas tindakan berani kamu, anak perempuan saya dan orang lain dapat pulang ke rumah. Terima kasih, kami sangat berterima kasih," kata Kay lagi.
Leave a Reply