• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Pertama Dunia yang Dipasangkan Turbo

#BikinMotor: Inilah Yamaha Niken Pertama Dunia yang Dipasangkan Turbo

April 2, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI modifikasi ekstrem dan kali ini dari Australia. Yamaha Motor Australia baru-baru ini menyiarkan modifikasi model tiga roda, Niken sentuhan Trooper Lu's Garage dari New South Wales, yang dipercayai Niken pertama dunia dikuasakan turbo.

Maklumat lengkap tidak didedahkan, cuma beberapa foto dikongsikan Yamaha dan Trooper Lu's Garage. Penampilan paling ketara ialah peranti turbo Garrett yang dipasangkan di bawah Niken tersebut, direka Ben Shaw daripada Extreme Creation.

Penggunaan sama sistem tersebut menghasilkan peningkatan kuasa sekitar 33hp. Jadi apabila ditambah, angka prestasi Niken sedia ada (115hp) langsung dipertingkat kepada 148hp!

BACA >>> Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!

Perubahan signifikan lain ialah skema warna kustom yang diubah daripada biru Yamaha kepada coklat padang pasir. Kita juga dapat menyaksikan penggunaan fork KYB, dan ekzos kustom  dengan mufler Akrapovic. Kotak barang tunggal bersaiz besar di belakang memberikan ekstra utiliti, yang mengingatkan kepada Niken GT.

Hasil akhir dapat dilihat ialah sebuah Niken versi ubah suai kustom yang bukan saja jauh berbeza berbanding Niken standard, tetapi juga tampil berbeza daripada motosikal lain atas jalan. Penampilan paling menonjol semestinya skema warna baharu dan kehadiran kotak barang yang jelas menyerlahkan imej luaran seakan sebuah jentera advencer.

BACA >>> Jepun Buka Tempahan Yamaha Niken GT dengan Ciri Jelajah Jauh, RM71.4k

Siapa cakap motosikal banyak tayar seperti Niken tidak boleh diubah suai?

GALERI

SUMBER: YamahaMotorAustralia | TrooperLu'sGarage

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Extreme Creation, kustom, Modifikasi, Roda3, Trooper Lu's Garage, ubah suai, Yamaha, Yamaha Niken, Yamaha Niken GT, Yamaha Niken Turbo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev