ACARA tahunan automotif terbesar tempatan, Malaysia Autoshow 2019 kembali lagi yang kali ini tampil dengan kolaborasi bersama International Automodified (IAM) dan disokong Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Acara akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor bermula 11-14 April ini, jam 10 pagi hingga 9 malam.
Ada ratusan peserta mengambil bahagian dalam Malaysia Autoshow 2019, terdiri daripada pengeluar automotif nasional dan antarabangsa yang akan mempamerkan produk terbaik masing-masing, termasuk menawarkan sesi pandu uji sejauh 3km kepada pengunjung berminat.
Antara peserta yang terlibat ialah BMW, Mazda, Honda (kereta dan motosikal), Toyota, Proton, Kia, Peugeot, Mitsubishi Motors, Nissan, Perodua, Volkswagen, Mercedes-Benz, Haval, Ducati, dan Vespa
BACA >>> Inilah 6 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Malaysia Autoshow 2018!
HADIAH CABUTAN BERTUAH MENARIK UNTUK DIMENANGI
Menariknya, pengunjung yang hadir berpeluang memenangi salah satu daripada hadiah utama cabutan bertuah hebat seperti berikut:
- Perodua Myvi
- Perodua Bezza
- Kia Picanto
- Vespa S 125
Selain menjamu mata melihat pelbagai koleksi modifikasi hebat dibawakan IAM, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman pemanduan off-road dengan kenderaan 4x4 sebenar. Aktiviti lain yang dapat dinikmati pengunjung ialah:
1. Pameran kereta
2. Pertandingan kereta
3. Produk aftermarket antarabangsa
4. Festival muzik IAM
5. Drift bersama ikon drift tempatan dan antarabangsa, Tengku Djan Ley
TIKET
Cuma RM20 seorang untuk kemasukan sehari, dan tiket boleh dibeli secara atas talian. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.autoshow.com.my. Tetapi, kalau anda beli tiket secara online, anda boleh dapat dua tiket pada harga RM20 sahaja! Tunggu apa lagi!
Leave a Reply