• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lightning Strike, Sportbike Elektrik Mampu Milik Serendah RM53k?

Lightning Strike, Sportbike Elektrik Mampu Milik Serendah RM53k?

April 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

772
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal elektrik dari Amerika Syarikat (AS), Lightning Motorcycle mendedahkan motosikal elektrik baharu yang bukan saja menawan, tetapi juga dijual pada harga mampu milik. Adakah ini jentera yang sekian lama dinantikan peminat dua roda?

Lightning Motorcycle ditubuhkan sejak 2009 dan kini syarikat itu hanya menjual superbike elektrik prestasi tinggi, LS-218. Kehadiran model kedua dinamakan Strike ini turut memiliki DNA LS-218, tetapi didatangkan dengan pakej mampu milik. Di pasaran, Strike didatangkan dalam tiga pilihan varian.

ADA 3 PILIHAN VARIAN

Strike Standard dikuasakan motor AC penyejukan cecair dibangunkan Lightning yang mampu menghasilkan kuasa 88hp dan tork 244Nm. Ia dipadankan bateri 10kWh dan cas pemuka 3.3kW menggunakan soket biasa. Strike Standard memiliki berat 206kg dengan kemampuan tunggangan sejauh 113-161km, manakala harga jualan ialah AS$12,998 (RM53,000).

BACA >>> Lightning Strike, Superbike EV Terpantas Versi Jalanan dengan Posisi Menunggang Relaks

Jika mahu pergi lebih jauh dan laju, pilihan varian Strike Mid dibekalkan bateri 15kWh dan keupayaan tunggangan sejauh 169-241km. Varian pertengahan ini dijual pada harga AS$16,998 (RM69,300) dengan tambahan berat sebanyak 4.5kg.

Varian paling premium, Strike Carbon Edition pula mempunyai bateri berkapasiti lebih besar, 20kWh dengan kelebihan jarak perbatuan sejauh 241-321km dan tambahan output motor 117hp. Cas 6.6kWh dan sokongan cas pantas arus terus (DC) Tahap 3 memberikan tambahan jarak perjalanan sejauh 160km sepantas 20 minit. Harga varian seberat 219kg ini ialah AS$19,998 (RM81,600).

Tidak ketinggalan pemilik juga boleh memilih saiz bateri dan kapasiti pengecas untuk varian Standard. Buat masa ini pesaing terdekat Strike ialah Zero.

BACA >>> Zero Motorcycle Umum Barisan Model Baharu 2019

SUMBER: MCN

 

Related

772
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Lightning LS-218, Lightning Strike, Lightning Strike Carbon Edition, Lightning Strike Mid, Lightning Strike Standard, motor elektrik, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev