• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 4 Litar F1 Terbaik Dunia yang Berbaloi untuk Dikunjungi

4 Litar F1 Terbaik Dunia yang Berbaloi untuk Dikunjungi

March 21, 2016 By Han Othman 1 Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

litar-f1-terbaik-dunia-pandulajudotcomdotmy

MUSIM Formula Satu (F1) kembali lagi dengan memulakan pusingan pertama kejohanan dunia itu di bandar raya Melbourne, Australia yang menyaksikan pelumba Jerman, Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes menaiki podium pertama, semalam.

Bagaimanapun, bukan tentang perlumbaan yang mahu kami ulas di sini, tetapi pasal litar terbaik dunia yang berbaloi untuk menyaksikan F1. Senarai di bawah dibuat WorldHotels, sebuah  laman web kumpulan hotel independen yang memiliki hampir 500 hartanah dalam 250 destinasi di 65 negara seluruh dunia.

Jangan terkejut, salah satu litar terbaik itu ialah negara kita. Bacalah senarai di bawah yang diterjemahkan dan diolah khas buat anda semua.

1. GRAND PRIX AUSTRALIA - Melbourne Grand Prix Circuit, Melbourne

gp-australia-3
gp-australia-4
gp-australia-2
gp-australia

Bandar raya kosmopolitan, Melbourne di Australia ialah lokasi bagi Grand Prix Australia yang membuka tirai perlumbaan F1 musim 2016, semalam (20 Mac). Terletak tidak jauh dari selatan Melbourne dalam kawasan Albert Park yang terkenal sebagai pusat rekreasi tempatan popular di negara kanggaru itu.

Selain menikmati pemandangan seindah lukisan, peminat F1 di Australia berpeluang beriadah dengan berjalan mengikut trek pejalan kaki khas selain berekreasi di kawasan piknik dan bersenam di fasiliti sukan. Tidak jauh dari litar, anda akan menikmati sinar matahari cantik di tepian pantai. Anda boleh juga melepak di bandar multibudaya berhampiran yang menawarkan aneka makanan dan minuman lazat.

2. GRAND PRIX ITALI - Autodromo Nazionale Monza, Monza

gp-itali-4
gp-itali-3
gp-itali-2
gp-itali

Terletak di utara Milan, antara bandar raya bersejarah paling cantik di dunia. Jika anda mahu menggabungkan minat anda dengan sukan permotoran dan keghairahan tentang fesyen dan seni, Milan ialah destinasi wajib pergi.

Seperkara lagi, di sini juga terkenal sebagai syurga membeli-belah dunia yang pastinya menjadi tumpuan anda selepas menyaksikan aksi berkelajuan tinggi di litar. Jika penat, jangan lupa duduk di kafe sambil menghirup kopi dan makan spageti.

3. GRAND PRIX MONACO - Circuit de Monaco, Monte Carlo

gp-monaco-1
gp-monaco-2
gp-monaco-3
gp-monaco-4

Monaco ialah negara kedua terkecil di dunia yang menjadi antara tuan rumah salah satu siri perlumbaan F1. Bertempat di kawasan pinggir laut yang cantik, Cote d'Azur, litar lumba di situ dibina dengan menggabung kawasan pelabuhan dan bandar pinggir laut, French Riviera.

Selain trek yang berliku-liku, GP Monaco juga menawarkan pengalaman unik yang mengujakan menerusi pandangan litar yang dapat dilihat secara penuh. Memang mengasyikkan. Suasana malam yang bercahaya memberikan pemandangan malam sekitar bandar raya yang cukup indah dan sukar dilupakan.

4. GRAND PRIX MALAYSIA - Sepang International Circuit, Kuala Lumpur

gp-malaysia-2
gp-malaysia-1
gp-malaysia-3
gp-malaysia-4

Pemandu F1 kerap menyebut Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai antara litar kegemaran mereka. Sebabnya, saiz trek Sepang yang lebar! Ini memberikan lebih peluang kepada setiap pelumba untuk memotong lawan yang pastinya memberikan aksi mengujakan kepada penonton. Lebih drama dan hiburan!

Litar ini terletak lebih kurang 40 minit dari salah satu bandar raya paling kerap dilawati di dunia. Mahu tahu kenapa? Bandar raya Kuala Lumpur bukan saja penuh dengan monumen bersejarah seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad, tetapi turut menyajikan bangunan pencakar langit, pusat membeli-belah gergasi dan taman-taman cantik.

Anda pasti terpesona dengan Menara Berkembar Petronas yang diiktiraf satu-satunya bangunan dua menara tertinggi di dunia (451 meter). Mungkin juga kehijauan tropika yang jarang dapat dilihat di negara-negara Eropah membuatkan SIC menjadi destinasi pilihan buat kaki lumba yang juga kaki travel!

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: F1, Formula Satu, Litar Antarabangsa Sepang, Litar F1, litar F1 terbaik, SIC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev