• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi R8 (2019) Kekal dengan Enjin 5.2L V10, Pilihan Hebat Selain Lamborghini Huracan

Audi R8 (2019) Kekal dengan Enjin 5.2L V10, Pilihan Hebat Selain Lamborghini Huracan

April 2, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA bersembang pasal kereta eksotik seperti Lamborghini atau Ferrari, jenama dari Jerman, Audi berada di tengah-tengah. Audi bukan lahir di tanah Itali seperti Lamborghini dan Ferrari yang sinonim dengan supercar seksi dan laju, tetapi mampu dianggap pesaing menarik dan hebat untuk kedua-dua jenama itu.

Kalau Lamborghini atau Ferrari terlalu 'mainstream', Audi R8 ialah jawapan yang bagus. Tambahan pula, R8 ialah sepupu 'senyap' kepada Lamborghini Huracán. Maklumlah, kedua-dua model itu berada dalam famili sama, Volkswagen Group.

Umumnya, walaupun dua model tersebut berkongsi enjin dan casis sama, tetapi itu bukan bermakna keseluruhan binaan juga sama kerana kedua-duanya mempunyai talaan berbeza mengikut definisi masing-masing. Apa yang mempesona, R8 masih kekal sebagai supercar asli dengan enjin besar bentangan V, atau lebih tepat 5.2L FSI V10. Tiada bantuan bateri atau kuasa elektrik yang menjadi trend masa kini.

BACA >>> Audi Malaysia Perkenalkan Barisan SUV Mewah Q Series

audi-r8-e-tron-2015-2
audi-r8-e-tron-2015-1
audi-r8-e-tron-2015-3

Jangan lupa, Audi sebenarnya mampu menghasilkan model elektrik penuh. Pada Pameran Motor Geneva 2015, pengeluar itu pernah memperkenalkan model elektrik, R8 e-tron dalam edisi terhad, hanya dijual tidak sampai 100 unit.

R8 e-tron dikuasakan dua motor elektrik pada roda belakang dengan output kuasa 460hp dan tork 919Nm, manakala kuasa pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 3.9 saat, dan kelajuan maksimum 249kmj. Jarak perjalanan untuk isian cas penuh pula 450km!

Hebat bukan? Jelas R8 ialah supercar yang sudah berada di bawah radar dunia glamor dan memang hebat jika kita mahu mengkaji lebih mendalam.

AUDI R8 GENERASI KEDUA

Audi R8 Spyder
Audi R8 Coupe

R8 yang berada di pasaran sekarang ialah model generasi kedua yang dilancarkan pada 2015, dikenali sebagai Type 4S. R8 baru saja menjalani fasa facelift yang dilancarkan Oktober tahun lalu dengan tambahan kuasa dan kemas kini kosmetik. Menariknya, model ini menampakkan sedikit pengaruh Lamborghini, terutama bahagian bampar.

Di Britain, Audi diperkenalkan dengan dua gaya badan: Coupé dan Spyder. Bagi Audi R8 (2019), ada dua pilihan kuasa ditawarkan, iaitu Standard V10 (568hp) dan Performance V10 (608hp).

Varian Performance ialah berasaskan R8 Carbon Black,  dilengkapi brek seramik, suspensi Sport plus, spoiler gentian karbon dan kemasan dalaman Matte Titanium berserta kerusi buket. R8 V10 Carbon Black pula lebih istimewa, didatangkan dengan rim hitam Anthracite 20 inci, kaliper brek merah, ventilator sisi dan komponen karbon dan kemasan hitam pada frem cermin, outlet udara dan warna hitam kilat pada lencana Audi. Pemanduan dan pengendalian turut dibezakan melalui teknologi redaman adaptif, Audi Magnetic Ride Adaptive Damping.

Audi R8 edisi Britain dipasarkan pada harga bermula £128,295 (RM683,200) untuk Coupé hingga £162,885 (RM867,400) untuk Carbon Black Spyder.

Audi R8 facelift masih baharu dan belum ada kelibat model ini atas jalan raya tempatan. Jika dibawa masuk nanti, pemiliknya boleh dianggap individu istimewa kerana sukakan sesuatu luar kelaziman di celah populariti Lamborghini dan Ferrari.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

GALERI

Related

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi R8, Audi UK, Kereta Sport, Lamborghini, Lamborghini Huracan, Roda4, Supercar, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev