THAI Suzuki Motor melancarkan skuter maksi, Burgman 400 (2019) buat kali pertama untuk pasaran negara itu sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2019, sebagai tambahan kepada barisan Burgman 650 dan 200. Namun, tiada tanda harga didedahkan.
Burgman 400 (2019) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 399cc DOHC penyejukan minyak dengan teknologi suntikan bahan api dan dilengkapi penapis udara besar untuk lebih tork optimum, dan turut dilengkapi Kawalan Kelajuan Lahu Automatik (ISC) untuk kecekapan bahan api. Sistem transmisi dipacu kotak gear CVT menerusi pacuan V-Belt, yang mampu menjana kuasa 33hp @ 7,300rpm dan tork 36.3Nm @ 5,800rpm.
BACA >>> Suzuki Jepun Perkenal 3 Warna Baharu untuk Skuter Burgman 400 ABS
Burgman 400 (2019), yang diimport terus dari Jepun itu menggunakan tayar depan 15 inci, seinci lebih besar berbanding generasi terdahulu (14 inci), manakala lampu utama menggunakan teknologi LED.
Seperti famili Burgman lain, ciri utama skuter maksi ini ialah ruang storan besar dan keselesaan tunggangan jauh. Burgman 400 (2019) menawarkan ruang storan besar dengan laci pemuka @ glove box di depan berkapasiti 3.5 liter di kanan, dan 2.8 liter di kiri. Ada juga tuas pengunci roda belakang yang berfungsi sebagai brek parkir. Di bawah pelana, tersedia ruang simpanan 42 liter yang mampu memuatkan dua helmet muka penuh.
BACA >>> #AutoExpo2018: Suzuki Burgman Street 125, Skuter Karburetor untuk Pasaran India
Burgman 400 ABS diperkenalkan di Malaysia pada 2017 sebagai model import sepenuhnya (CBU) pada harga RM45,000.
Leave a Reply