SCANIA Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan trak generasi baharu ke pasaran tempatan untuk pemanduan jauh, pembinaan danurban. Generasi trak baharu Scania itu didatangkan dengan inovasi trenkuasa yang menawarkan penjimatan bahan api hingga 3 peratus.
Antara kemas kini lain ialah prestasi pemanduan, rekabentuk depan baharu dan penambahbaikan casis untuk lebih aerodinamik serta padanan beg udara tirai yang pertama di Malaysia, termasuk kerusi pemandu boleh laras.
BACA >>> Scania Malaysia Lancar Dua Model Baharu
Penambahbaikan turut dilakukan pada ruang simpanan yang dipertingkat dan sistem hiburan terkini menerusi skrin sentuh 7-inci. Pelanggan juga boleh memilih pelbagai variasi pilihan kabin dan spesifikasi teknikal untuk seluruh barisan generasi baharu trak Scania.
PILIHAN KABIN
Menumpukan kepada manfaat pelanggan, trak generasi baharu kali ini menampilkan kemas kini rekabentuk dan teknikal pada kabin sedia ada, iaitu P-Series, G-Series dan R-Series, termasuk dua tambahan kabin baharu, L-Series dan S-Series. Setiap pilihan kabin itu dibezakan mengikut saiz dan kemasan akhir.
- L-Series: Direka untuk kegunaan urban bagi tujuan pemunggahan, pengumpulan dan penyelenggaraan. Saiz kabin lebih luas dan paras ketinggian sama dengan kenderaan lain atas jalan.
- S-Series: Paling tinggi dalam barisan trak dengan lantai rata dan bumbung tinggi yang cukup memberikan keselesaan maksimum untuk perjalanan jauh.
Ergonomik dalaman kabin dipertingkat bagi meningkatkan keselesaan dan praktikaliti yang memberikan pandangan lebih baik menerusi panel instrumen rendah dan pilar-A digabungkan dengan posisi pemandu 6.5mm dekat dengan cermin depan dan 20mm ke sisi.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
SPESIFIKASI TEKNIKAL XT RANGE
Tawaran XT Range dengan binaan spesifikasi teknikal meningkatkan kekuatan trak untuk tugas berat (heavy-duty), khas dalam bidang pembinaan. Produk XT Range dilengkapi:
- Ambilan udara tinggi untuk menyuap udara bersih ke bahagian enjin dalam persekitaran berhabuk.
- Keupayaan tunda 40-tan di depan yang memudahkan operasi mengeluarkan trak apabila tersekat.
- Tawaran bampar keluli, plat skid dan pelindung lampu depan.
- Tangga servis boleh lipat pada bampar dan tangga pemeriksaan di sisi kabin dengan hendal pemegang untuk memudahkan akses pemeriksaan enjin, badan dan kargo.
Gandar depan XT Range diletakkan 50mm rapat ke depan dan graviti pusat (CoG) rendah menghasilkan overhang pendek untuk mengurangkan sudut lutut ketika membrek keras. Kebuk brek 30-inci pada brek cakera di gandar depan ialah konfigurasi asas untuk kegunaan perjalanan jauh bagi menjamin prestasi tahap terbaik.
BACA >>> Aplikasi Dynafleet Volvo Didik Pemandu Trak
Leave a Reply