• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

March 27, 2019 By Han Othman 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN kenyataan daripada laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) agak mengelirukan dengan status asal disunting daripada 'prototaip' (dieja Inggeris: prototype) kepada 'model', perlu juga kita mengambil kenyataan daripada pihak Aerodyne Group yang bertanggungjawab membangunkan kereta terbang kontroversi, 'Vector'.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat dipetik Bernama berkata, syarikat itu tidak menghasilkan kereta terbang, tetapi faktanya, Vector direka sebagai sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.

BACA >>> Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur

BUKAN KERETA TERBANG, SEBETULNYA DRON

Menurut Imtyaz, Vector ialah kenderaan berkonsep dron yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.

“Vektor dikuasakan empat motor dan satu bateri litium-ion yang membolehkan ia terbang. Kenderaan ini juga mampu membawa beban kira-kira 150 hingga 200kg, dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60kmj antara 30 hingga 90 minit masa penerbangan," katanya.

Apabila ditanya bilakah kenderaan itu dapat terbang ke udara, Imtyaz menyatakan prototaip Vector dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini. Menurutnya lagi, Aerodyne Group sudah empat tahun beroperasi dan mempunyai pengalaman dalam teknologi dron. Buat masa ini harga Vector belum ditentukan sekiranya kenderaan itu bersedia memasuki pasaran tidak lama lagi.

Mengenai sokongan Kerajaan, Imtyaz berkata, dia bersyukur atas sokongan KPU dan sangat terbuka dalam membantu syarikat membangunkan ekosistem yang menjadikan idea tersebut berjaya.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga gembira dengan idea ini apabila beliau melawat reruai kami,” katanya.

BACA >>> Syarikat AS Buka Tempahan Speeder, Motor Terbang Ala Pesawat Star Wars

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) edisi ke-15 disertai 406 syarikat berkaitan pertahanan, dan 200 daripadanya ialah syarikat antarabangsa dari 32 negara, yang dianjurkan bersama EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan tema ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’.

KOMEN KAMI

kereta-terbang-dron-vector-3
kereta-terbang-dron-vector-1
kereta-terbang-dron-vector-2
aerodyne-group-malaysia-logo
aerodyne-group-malaysia-logo-2

Selepas membaca kenyataan kedua-dua pihak (datuk menteri dan Aerodyne), kesimpulan kami ialah datuk menteri kita mengalami keterujaan apabila diceritakan mengenai kenderaan terbang. Istilah 'kereta terbang' mungkin digunakan pihak syarikat untuk memudahkan pemahaman tentang apa itu dron, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak biasa dengan teknologi seumpama itu.

Dan mungkin kerana menganggap teknologi itu sangat hebat dan luar biasa, maka datuk menteri pun membuat kenyataan media dengan memaklumkan Malaysia sudah ada kereta terbang yang siap untuk diterbangkan!

Sedangkan kereta terbang itu sebenarnya lebih berkonsepkan dron. Malah fakta yang mungkin datuk menteri tidak tahu, Malaysia sebenarnya memang maju juga dalam teknologi automotif. Misalnya, pasukan Shell Eco-Challenge dari UiTM ada membangunkan prototaip kereta sel bahan api hidrogen dan menang 7 tahun berturut-turut.

Malah kami ada menulis artikel tentang prototaip kereta pandu sendiri ala Tesla yang dibikin anak muda Malaysia!

BACA >>> Anak Muda Bikin 'Tesla Malaysia', Hasilkan Teknologi Tukar Kereta Biasa Jadi Pandu Sendiri

Kesimpulan akhirnya, datuk menteri cuma teruja. Insiden ini bolehlah disamakan dengan seorang lagi menteri yang teruja dengan kelapa sawit.

SUMBER: Bernama | AerodyneGroup

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aerodyne Group, Auto Terkini, Dron, Imtyaz Mohd Azzat, Kereta Terbang, LIMA 2019, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), Prototaip Kereta Terbang, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Comments

  1. Adib Nor says

    May 30, 2019 at 1:27 PM

    Konsep ni tak payah mana pun... Menteri jer slow... Buat malu jer kena bahan ketawa..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev