• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!

Yamaha Niken Menang 'Best of the Best' dalam Anugerah Red Dot 2019!

March 26, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI motosikal hari ini sudah biasa dengan jentera tiga roda dan segmen itu nyata ada peminat tersendiri. Yamaha turut mengeluarkan motosikal tiga roda, dipanggil Niken secara massa dan tempahan sudah pun dibuka di Jepun. Niken GT misalnya, dijual pada harga ¥1,944,000 (RM71,400).

Berbanding jentera tiga roda lain, keistimewaan Niken terletak pada sudut baring atau rebahan selekoh ibarat motosikal berkuasa tinggi lain. Menurut tunggang uji dilakukan portal motosikal, CycleWorld, Niken mampu melakukan aksi wheelie seperti motosikal berkuasa tinggi, manakala posisi miring ketika mengambil selekoh mencapai sudut 45º.

Menurut Yamaha, Niken bukan untuk penunggang biasa-biasa dan ia dibangunkan khas buat penunggang berpengalaman yang sukakan inovasi, pengalaman dan fungsi tersendiri. Jika Yamaha mahu mensasarkan penunggang aras mula, mereka akan tampil dengan rekabentuk berbeza, termasuk sesaran enjin lebih kecil dan ciri lebih mesra. Tambahan pula, Yamaha sudah memperkenalkan skuter tiga roda, Tricity.

BACA >>> Jepun Buka Tempahan Yamaha Niken GT dengan Ciri Jelajah Jauh, RM71.4k

TERBAIK ANTARA TERBAIK

Penat lelah Yamaha nampaknya berbaloi apabila pada 25 Mac 2019, Niken berjaya memenangi kategori Best of the Best (Terbaik antara Terbaik) dalam Pertandingan Rekabentuk Produk 2019 dalam Anugerah Red Dot.

Sebenarnya, Yamaha bukan nama asing dalam Red Dot, ini sudah kali kelapan berturut-turut jenama automotif Jepun itu memenangi anugerah sama sejak 2012. Lebih membanggakan, ini kali keempat produk Yamaha Motor terpilih untuk anugerah Best of the Best, manakala Niken ialah kali kedua memenangi anugerah rekabentuk selepas Good Design Award 2018.

Niken sebenarnya berada dalam kategori dipanggil Leaning Multi-Wheel (LMW), dikuasakan enjin 3-silinder 845cc. Kelebihan LMW ialah keupayaan mengambil selekoh dengan lebih stabil, dan posisi tegap ketika memecut dan statik. Rekabentuk Niken pula dibuat berasaskan konsep kuasa LMW.

Anugerah Red Dot dianjurkan Design Zentrum Nordrhein Westfalen, Jerman dan antara pengiktirafan berprestij dalam dunia rekabentuk.

BACA >>> Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

Yamaha NIKEN

Related

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anugerah Red Dot, Auto Terkini, Best of the Best, Red Dot 2019, Red Dot Award, Roda Tiga, Yamaha, Yamaha Niken, Yamaha Niken GT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev