BAYANGKAN suatu masa nanti lampu utama dan lampu belakang kereta bukan sekadar memancarkan suluhan cahaya terang, tetapi juga mampu 'bercakap' dengan kenderaan lain atas jalan. Inilah visi yang mahu dicapai Volkwagen dan ia bukan hanya impian.
Faktanya, Volkswagen kini sudah membangunkan terowong sepanjang 100 meter yang dikhaskan untuk kajian dan penyelidikan (R&D) mengenai lampu pintar yang mampu berinteraksi dengan persekitaran.
Menurut MotorTrend, Volkswagen merancang menghasilkan lampu utama mikro-piksel masa depan hingga mencapai tahap 30,000 titik cahaya dengan keupayaan paparan hologram atas jalan dan sekeliling.
BACA >>> Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam
PAPAR GARIS JALAN SEBAGAI PANDUAN
Lampu teknologi tinggi itu dapat menunjukkan tanda garis virtual sekeliling kenderaan sebagai panduan kepada pemandu tentang bagaimana memandu kereta dalam kawasan tanda garis tersebut. Bagusnya, tanda garis tersebut tidak statik, tapi boleh membengkok mengikut selekoh atau simpang jalan.
Sementara itu, lampu belakang pula akan memaparkan amaran bermesej kepada pemandu lain tentang sebayang halangan atau bahaya atas jalan. Malah, pemandu boleh menghasilkan signatur peribadi pada kereta sendiri yang dapat dipaparkan pada lampu belakang.
Menariknya, lampu belakang Volkswagen ini mampu mengeluarkan tanda amaran kepada pemandu di belakang supaya dia tidak cuba mencuri kotak parkir ketika anda cuba mengundurkan kereta untuk diparkir.
Volkswagen juga cuba menghasilkan lampu yang mampu meniru paten mata manusia. Dari jauh, lampu utama akan menunjukkan tanda tutup dengan memaparkan strip LED tipis seperti menutup mata. Ia boleh terbuka dan mengenyit lampu kepada pemandu.
BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
Apa lagi? Lampu utama akan membelok sendiri ke arah mana kenderaan dituju, termasuk memancarkan cahaya ke arah penunggang motosikal, basikal atau pejalan kaki sebagai tanda amaran.
Leave a Reply