• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Young Machine: Yamaha R25 (2019) Lebih Laju Berbanding Versi Lama, CBR Terpantas

Young Machine: Yamaha R25 (2019) Lebih Laju Berbanding Versi Lama, CBR Terpantas

March 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAJALAH motosikal Jepun, Young Machine (YM) mengeluarkan artikel tentang keputusan tunggang uji Yamaha R25, termasuk membandingkan sportbike suku liter itu dengan model lama R25 (2014), Honda CBR250RR dan Kawasaki Ninja 250 di Litar Sentul, Jawa Barat, Indonesia.

Dalam ujian berkenaan, YM kagum dengan suspensi terbalik (USD) Kayaba yang digunakan R25 baharu. Suspensi itu memberikan fiil dan karakter berbeza berbanding suspensi USD Showa yang dipakai CBR250RR.

BACA >>> Yamaha R25 Facelift (2019) Kini Di Pasaran, Harga RM19,998 - Sampai Kedai Berapa Pula?

Sepanjang ujian di Litar Sentul yang agak tidak rata, pengendalian CBR250RR lebih sukar kerana redaman suspensi USD Showa. Sebaliknya, suspensi USD Kayaba milik R25 menawarkan kelebihan redaman dan nisbah spring yang lebih bagus. Nisbah spring merujuk kepada kekakuan atau tahap kekerasan lentur dalam ukuran kg/mm.

Ketika ditekan beban seberat 10kg per 10mm, jadi nisbah spring 1.0kg/mm.  Nisbah spring yang tetap itu tidak akan mengikut travel, jadi walaupun ditekan 20kg/20mm, 30kg/30mm dan seterusnya mampatan ditambah, bahagian nisbah spring kekal pada 1.0kg/mm.

BACA >>> 7 Motosikal Bawah 250cc dengan Had RPM Tertinggi dalam Sejarah

Menurut YM lagi, pengendalian hendal R25 tidaklah sukar seperti mengendalikan motosikal trek. Karakter suspensi depan R25 lebih seimbang dan kerana itulah R25 versi lama memerlukan masa 2:05.461 untuk membuat satu pusingan lap berbanding R25 baharu (2:02.585). Perbezaan hampir tiga saat!

Masa lap R25 baharu juga lebih cepat berbanding Ninja 250 (2:05.293), tetapi sedikit kalah kepada CBR250RR (2:01.983). Ini pula kelajuan maksimum yang direkodkan setiap model:

  • Honda CBR250RR - 161.58kmj
  • Yamaha R25 (2019) - 160.62kmj
  • Yamaha R25 (2014) - 159.05kmj
  • Kawasaki Ninja 250 - 158.68kmj

BACA >>> Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

Jika dilihat video YouTube pertama YM, model R25 baharu mencecah kelajuan 170kmj, manakala model lama mencapai 175kmj. Mungkin data pada spidometer bukan data akhir kerana ada kebarangkalian YM menggunakan peralatan spidometer berbeza.

VIDEO


SUMBER: YoungMachine

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR250RR, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kawasaki, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), Kawasaki Ninja 250, roda2, sportbike, sportbike 250cc, Yamaha, Yamaha R25, young machine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev