SEKIAN lama menanti, akhirnya motosikal kegemaran rakyat Malaysia lagi 'terlaju' di kalangan peminat jenama Y, Yamaha Y15ZR V2 (versi 2.0) tiba di Malaysia.
Walaupun agak lambat memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 di Malaysia, namun ia tetap menjadi penantian terutamanya peminat 2-roda yang inginkan moped berkelajuan sehingga 180kmj. Orang putih cakap, '180kmj top speed' :-).
Berbanding versi sedia ada, pelbagai perubahan ketara dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2. Bagaimanapun, aspek mekanikal masih kekal sama dan tiada peningkatan kuasa mahupun perubahan kotak gear.
Bagi mereka yang harapkan kotak gear ditukar atau kuasa dinaikkan, berita ini psti mengecewakan. Yamaha Y15ZR V2 masih dijana enjin 150cc SOHC penyejuk cecair suntikan petrol yang mampu menawarkan kuasa maksimum 15hp dan tork puncak 13.5Nm. Begitu juga penggunaan transmisi, masih lagi menggunakan gear 5-kelajuan. Berikut ialah perubahan yang dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2.
LAMPU LED, METER LCD PENUH
Yamaha Y15ZR V2 baharu ini didatangkan dengan beberapa perubahan. Antaranya, nahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped.
Perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.
BACA >>> Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?
CIRI KILL SWITCH
Menariknya, Yamaha Y15ZR V2 turut dibekalkan suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama menggunakan ciri tersebut.
Malah, moped ini turut dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam, juga sama seperti motosikal kuasa tinggi.
TAYAR BESAR SIKIT
Ruangan roda turut mengalami perubahan. Tayar asal hadapan bersaiz 70/90-17 kini digantikan dengan 90/80 -17. Bagaimanapun, ruang roda belakang masih kekal sama iaitu 120/70-17.
BACA >>> Yamaha Y15ZR Bakal Perkenal Enjin Baharu? Kod 155cc Dikesan
AGAK-AGAK BERAPA HARGA?
Bagaimanapun, harga masih belum diumumkan oleh Hong Leong Yamaha. Berdasarkan pemerhatian kami, ada kemungkinan harga naik memandangkan pelbagai ciri baru diperkenalkan pada Yamaha Y15ZR V2. Yang pasti, sampai kedai harga mesti lagi mahal kan.
Persoalannya, mampukah Yamaha Y15ZR V2 cabar Honda RS150R atau Benelli RFS 15oi mahupun SYM VF3i? Apa-apapun, pilihan di tangan anda. Haa, tepuk !!!
Kredit Foto: Motoqar, Mohd Adib
BACA >>> Jika Beginilah Rupa Yamaha Y15ZR, Mesti 'Laku Keras'
BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
Kipas siling says
Motor Nerd ke apa? Meter petak, atas kepala ada rambut belah tengah. Hahaha...
saniy says
dah lama tertunggu tunggu y15 v2 ni akhirnya keluar jugak terbaik
Masrin says
Harga berapa
Cotabana says
Vietnam dh lapok, M’sia baru nk kuar.
Encik jebon says
Kenapa y15 v2 xguna keyless?
jebon rempit says
Entah. Takut tak mampu nak beli kot. Mungkin keyless harganya sama dgn sebijik motor....hahahaha
Ida says
Sya nk tau harga dia berapa
Muhammad Amar says
Padu... Lps ni laju la g terawih
Abu hurairah says
Tolong ku carik Y15zr plate raa8033 set Movistar budak baru nk up. Ride nk escort ambulan tu ok, tapi Gaya mcm bodoh. Uniform xde, kete aku kene himpit kiri kanan, nk amik side pun xde, ambulan xsampai lagi dari belakang, jarak 500m. Sampai sebelah aku hulur2 tangan Gaya poyo, mcm kita penguna Jalan raya xsedar. Patut aku langgar dia je, Boleh dia naik ambulan tu skali
Maisara says
Dia keluar pulak Y15 2022 baru. Tak sempat lagi nak syok dapat Y15 2021