HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sebelum ini menerusi laman Facebook menyiarkan foto acah yang mengajak orang ramai ke Jasin, Melaka hujung minggu ini dengan imej lampu depan berserta ayat ‘Beranikah Anda Mencabar Kuasa Dan Prestasi?’
Selain lampu, imej paling ketara ialah angka '150' dan kami jangka itu memang Yamaha Y15ZR V2 (versi 2.0). Ya, model moped yang lebih dikenali sebagai ‘YSuku’ itu sah akan dilancarkan secara rasmi Ahad ini bersempena perlumbaan Petronas Sprinta Cub Prix 2019 di Jasin Melaka.
Menerusi laman facebook Yamaha Motor Malaysia yang disiarkan hari ini, ia mengajak orang ramai menyaksikan pelancaran Yamaha Y15ZR baru.
Walaupun agak lambat memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 di Malaysia, namun ia tetap menjadi penantian terutamanya peminat 2-roda.
LAMPU LED
Yamaha Y15ZR V2 baharu ini didatangkan dengan beberapa perubahan. Antaranya, nahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped.
Berbanding versi sedia ada, perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.
BACA >>> Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?
CIRI KILL SWITCH
Menariknya, Yamaha Y15ZR V2 dibekalkan suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama menggunakan ciri tersebut. Malah, moped ini turut dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam, juga sama seperti motosikal kuasa tinggi.
BACA >>> Yamaha Y15ZR Bakal Perkenal Enjin Baharu? Kod 155cc Dikesan
AGAK-AGAK BERAPA HARGA?
Bagaimanapun, kami dimaklumkan spesifikasi enjin termasuklah kuasa masih kekal sama dan tidak berubah walaupun ramai yang meminta supaya kuasanya dipertingkatkan.
Persoalannya, berapakah tanda harga yang bakal diletakkan HLYM. Dengan segudang ciri baharu, kami pasti tanda harga Yamaha Y15ZR V2 akan meningkat. Kan?
BACA >>> Jika Beginilah Rupa Yamaha Y15ZR, Mesti 'Laku Keras'
BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
Leave a Reply