SEBAIK saja memegang kunci kereta, tanggungjawab paling penting perlu diingat ialah tukar minyak enjin. Enjin dan minyak memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia kenderaan berenjin. Kita sebagai pemandu sepatutnya sudah sedia maklum dengan asas penyenggaraan ini.
Faktanya, bukan hanya minyak enjin yang perlu ditukar. Tetapi, manfaat sebenar di sebalik tanggungjawab menukar minyak enjin ialah sebagai tempoh masa bertenang untuk kita mengetahui dan memantau kondisi semasa kereta. Ini secara tidak langsung membantu memanjangkan jangka hayat kenderaan.
Minyak enjin melakukan tiga fungsi kritikal: membersihkan, melincirkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin, sekali gus menghalang kerosakan berlaku. Bagaimanapun, perlindungan diberikan itu mempunyai had masa tertentu dan ia perlu diganti bagi memastikan minyak enjin digunakan kekal bersih, dan berada pada paras kandungan ditetapkan dan mematuhi kelikatan disarankan pengeluar.
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?
Ada lima tanda yang menunjukkan minyak enjin kereta anda perlu ditukar:
1. ENJIN MERAGAM, SAMA ADA BISING ATAU GEGAR
Apabila minyak enjin kurang atau kotor, ia tidak dapat melakukan tugas pelinciran dan penyejukan komponen dengan bagus. Ini membuatkan komponen logam bergesel dan berbunyi bising, serta akhirnya menyebabkan kegagalan enjin. Isu panas lampau (overheating) juga boleh berlaku.
Segera menggantikan minyak enjin mungkin dapat membantu menyelesaikan semua masalah itu.
2. TERHIDU BAU TERBAKAR
Jika anda terhidu bau terbakar dalam kabin, itulah tanda amaran yang menunjukkan enjin sedang mengalami masalah panas lampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos. Simptom ini datang bersama asal kelabu atau kebiruan yang keluar dari paip ekzos. Sikap mengabaikan simptom ini boleh menyebabkan kerosakan serius ke atas kereta anda, dan berisiko menyebabkan enjin terbakar.
Jadi, sebaik saja mengesai simptom di atas, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikan minyak enjin.
3. MINYAK WARNA HITAM BERKILAT
Minyak enjin bersih biasanya berwarna coklat. Selepas lama digunakan ia akan bertukar semakin gelap dan kemudian menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada enjin pembakaran dalaman.
Apabila memeriksa minyak enjin, pastikan tidak hanya perharikan paras minyak, tetapi juga tahap kejernihan. Jika ia cair dan gelap, itu antara tanda minyak enjin perlu ditukar.
BACA >>> Mitos atau Fakta? Isi Minyak ketika Enjin Dihidupkan Tidak Bahaya?
4. LAMPU TEKANAN MINYAK @ ALADDIN MENYALA
Apabila lampu amaran tekanan minyak / oil pressure warning (juga dipanggil lampu Aladdin) menyala pada panel meter, itu bermakna enjin anda kini bergerak dengan kuantiti minyak enjin yang sedikit. Kadangkala ia muncul bersama lampu enjin @ 'check engine'), itu juga boleh jadi isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.
Jadi, sebaik saja nampak lampu 'Aladdin' atau lampu enjin, periksa segera paras minyak, tambahkan jika perlu dan bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa secepat mungkin.
5. KUAT MAKAN MINYAK
Adakah anda perasan yang anda kerap mengisi minyak kereta kebelakangan ini? Jika ya, itulah tanda minyak enjin anda sudah teruk dan perlu ditukar. Minyak enjin yang cair dan tidak cukup kelikatan boleh menyebabkan stres ke atas enjin. Apabila enjin bekerja keras, maka lebih banyak bahan api perlu dihirup.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar
Pakar menyarankan supaya menukar minyak enjin pada setiap 5,000km atau tiga bulan sekali, yang masa satu tiba dulu. Bagaimanapun, lain pengeluar, lain pula saranan diberikan. Jadi apa perlu dibuat ialah ikut saja apa yang disarankan pengeluar kereta anda, terutama jika kereta masih dalam perlindungan waranti.
mohd subian bin muridan says
bulih kah minyak hitam kereta kita gunakan minyak air compresor
Shari b Salleh says
Bolehkan 'topup' minyak hitam dengan gred atau jenama yang berbeza?
AO says
Sepatutnya jangan
Azieda says
Honda fe memang kerap kene tukar ke?sy pakai baru tiga bulan dh 3 kali kene tukar…problem apa yer sebab kereta baru
AO says
Ikut recommendation pusat servis atau jenis minyak enjin