• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Camel Power Dilantik Sebagai Pembekal Bateri Bagi Proton X70

Camel Power Dilantik Sebagai Pembekal Bateri Bagi Proton X70

March 21, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton x70CAMEL Power Malaysia, pengilang dan pengedar bateri automotif bagi kereta, trak, bas dan jentera pertanian bakal menjadi pembekal bagi Proton X70 dan model akan datang.

Majlis perlantikan Camel Power selaku pembekal bateri bagi Proton X70 disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Camel Group Co. Ltd, Liu Changlai kepada Ketua Pegawai Perolehan Proton, Hamizan Osman.

Pada majlis sama. Camel Power mengumumkan pembinaan kilang pembuatan miliknya di Kuantan, Pahang, yang juga pertama di Asia Tenggara. Apabila siap dibina kelak, ia bakal menjadi kilang pembuatan bateri kenderaan terbesar di Malaysia.

Kilang berkenaan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Jun 2019. Selain Malaysia, hasil keluaran kilang itu akan dibekalkan ke Asia Tenggara, Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan industri automotif di sana.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

bateri camel power
Camel Power Malaysia Manufacturing Plant (Kuantan) - Artist Impression
Bateri Camel Power Proton X70_PanduLaju.jpg4
Bateri Camel Power Proton X70_PanduLaju.jpg3
Bateri Camel Power Proton X70_PanduLaju.jpg6
Bateri Camel Power Proton X70_PanduLaju.jpg5

MAMPU HASIL 5 JUTA BATERI SETAHUN

Menerusi pembukaan kilang itu juga, ia mampu menghasilkan kira-kira 5 juta bateri dalam tempoh setahun selain berjaya mewujudkan lebih 600 peluang pekerjaan.

Selain Proton, Camel Power juga sedang dalam proses rundingan dengan beberapa pembuat kenderaan dan kilang pemasangan tempatan untuk mewujudkan kerjasama strategik.

Di China, Camel Power ialah salah satu pembekal bateri terbesar di mana satu daripada kereta di sana menggunakan jenama Camel. Ia juga menjadi pembekal bateri terbesar bagi kenderaan Geely di China.

BACA >>> Tunku Idris Kongsi Foto Proton X70 Versi Modifikasi di Instagram

BACA >>> Adakah Ini Proton X70 Versi CKD? Bakal Guna Enjin 1.5L TGDI 7-Kelajuan DCT?

Related

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bateri camel power, bateri proton x70, camel bateri proton x70, Camel Power Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev