• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Sedang Bangunkan Exora Baharu Mirip Geely Jia Ji?

Proton Sedang Bangunkan Exora Baharu Mirip Geely Jia Ji?

March 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

9.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI kita tahu, sejak Geely menjadi rakan strategik Proton, gergasi automotif dari China itu memberi keizinan kepada Proton mendapatkan hak IP, pengeluaran dan penjualan tiga model Geely. Model pertama seperti mana kita tahu ialah X70 (Geely Boyue).

Dua model lagi ialah SX11 (SUV) dan VF11 (MPV). Tentu ramai bermain dengan spekulasi yang kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu itu ialah bakal pengganti Exora. Terbaharu, muncul imej berlegar di media sosial, dimuat naik komuniti Proton, yang sedikit sebanyak menjawab persoalan tentang kemungkinan itu ialah Geely Jia Ji.

Latar belakang imej berkenaan seperti dirakam di Malaysia ataupun mungkin di fasiliti Proton. Walaupun tidak begitu jelas, tetapi bentuk garis badan seakan produk global MPV Geely, Jia Ji .

BACA >>> 15 Fakta Pantas Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)

Mungkin model itu dijadikan bahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi versi pemanduan sebelah kanan untuk model ketiga Proton seperti X70. Jia Ji dibina berasaskan bahasa rekabentuk baharu, 'Perlumbaan Merentasi Ruang dan Masa' (Racing Through Space and Time) yang turut diterapkan kepada produk baharu Geely lain seperti Bo Rui GE dan Bin Rui.

TENTANG GEELY JIA JI

Jia Ji didatangkan dalam tiga varian enjin: hibrid ringan (MHEV) 48V, hibrid plug-in (PHEV) 1.5TD dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan berkecekapan tinggi, dan enjin konvensional 1.8TD dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Konfigurasi tempat duduk ditawarkan dalam tiga pilihan: 2+2+2, 2+2+3 dan 2+3+2.

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Proton Exora Baharu, Sumpah Tak Cari Lain

Ruang dalaman menampilkan rekaan teknologi bersepadu, disusun melebar dengan fokus kepada pemandu. Perhatian istimewa bertumpu kepada visual papan pemuka penuh, panel kawalan sentral mewah dan konsol kawalan bumbung. Bahagian tengah papan pemuka terhidang panel infotainment skrin apung lebar 12.3 inci dengan punat hitam piano yang memberikan ambien mewah.

GALERI

 

Related

9.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Jia Ji, MPV, mpv geely, MPV Jiaji, Proton, proton exora, proton exora baru 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev