• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Street Twin dan Speed Twin (2019) Versi Dipertingkat Kini di Malaysia

Triumph Street Twin dan Speed Twin (2019) Versi Dipertingkat Kini di Malaysia

March 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FAST Bike Sdn Bhd bukan saja melancarkan tiga model Scrambler semalam, tetapi juga dua lagi model versi dipertingkat iaitu Triumph Street Twin dan Speed Twin. Jentera versi 2019 itu dikeluarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) Asean daripada kilang Triumph di Thailand.

1. TRIUMPH STREET TWIN (2019)

Kali pertama dilancarkan pada 2016, Street Twin ialah model paling kontemporari dalam barisan Bonneville dan model klasik moden Triumph paling laris. Street Twin baharu ini menawarkan lebih kuasa, spesifikasi lebih tinggi, tunggangan selesa dan teknologi termaju dalam kelas.

Street Twin (2019) masih mengekalkan penampilan sama dengan menambah baik beberapa ciri iaitu rim aluminium, logo dan paparan instrumen lebih premium. Bahagian lain turut dikemas kini seperti lampu depan, lencana tangki, material pelana dan lampu utama.

BACA >>> #Intermot2018: Triumph Street Twin (2019) Buat Rombakan Enjin, Casis

Walaupun masih menggunakan enjin sama 900cc SOHC penyejukan cecair Parallel Twin, versi 2019 mendapat tambahan kuasa 8hp, menjadi 63hp dan had rev enjin ditingkatkan 500rpm.Tork kekal 80Nm @ 3,800rpm. Prestasi Street Twin (2019) banyak disumbangkan aci engkol, syaf dead, syaf imbang dan klac lebih ringan.

Selain itu, pengendalian Street Twin (2019) kini lebih baik menerusi penggunaan fork depan katrij spesifikasi tinggi dengan travel 120mm bersama kaliper brek 4-piston Brembo di depan. Sistem elektronik didatangkan standard dengan dua pilihan mod tunggangan, Road dan Rain, brek ABS, sistem kawalan cengkaman, soket pengecas USB, lampu belakang LED, imobiliser dan Klac Bantuan Tork (TAC).

Street Twin (2019) ditawarkan dalam dua pilihan warna Matt Ironstone: merah dan hitam pada harga RM55,900. 

Street_Twin__DETAIL3
Street_Twin__DETAIL19
Street_Twin__DETAIL22
Street_Twin_2019_hero1
Street_Twin_2019_hero2
Street_Twin_2019_static1
triumph-street-twin-2019-malaysia-5
triumph-street-twin-2019-malaysia-4
triumph-street-twin-2019-malaysia-1
triumph-street-twin-2019-malaysia-2
triumph-street-twin-2019-malaysia-3
triumph-street-twin-2019-malaysia-6
triumph-street-twin-2019-malaysia-7

2. TRIUMPH SPEED TWIN (2019)

Kehadiran Triumph Speed Twin (2019) mengembalikan semula nama ikonik Triumph sebagai roadster kustom dengan prestasi pengendalian yang mendahului kelas. Padanan casis dan suspensi baharu lebih ringan meningkatkan ergonamik menerusi fork katrij spesifikasi tinggi (depan) dengan travel 120mm dan absorber kembar jenis prabeban boleh laras (belakang).

BACA >>> 12 Fakta Pantas - Triumph Speed Twin (2019) dengan Gaya Kasual dan Prestasi Sporty

Bahagian enjin 1200cc kini lebih berkuasa, angka kuasa dan tork masing-masing meningkat 49 peratus dan 40 peratus. Enjin Bonneville jenis Parallel Twin dikemas kini dengan talaan`Thruxton’ bagi menghasilkan kuasa 95hp @ 6,750rpm dan tork 112Nm @ 4,950rpm.

Didatangkan dengan tiga mod tunggangan: Sport, Road dan Rain, Speed Twin (2019) menawarkan pengendalian berbeza menerusi pemetaan semula input terotel dan kawalan cengkaman. Ciri standard lain ialah sistem ABS yang boleh dinyahaktif, lampu siang (DRL) LED, Klac Bantuan Tork (TAC) dan palam pengecas USB.

Speed Twin (2019) didatangkan dengan warna Silver Ice dalam pilihan: kelabu, merah, hitam pada harga RM73,900.

2019_SPEED_TWIN_Riding_2
2019_SPEED_TWIN_Riding_3
2019_SPEED_TWIN_Riding_5
2019_SPEED_TWIN_Static_1
2019_SPEED_TWIN_Static_3
7J9A0175_GRD_RT
triumph-speed-twin-2019-malaysia-black
triumph-speed-twin-2019-malaysia-3
triumph-speed-twin-2019-malaysia-4
triumph-speed-twin-2019-malaysia-2
triumph-speed-twin-2019-malaysia-1
triumph-speed-twin-2019-malaysia-5
triumph-speed-twin-2019-malaysia-6

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Fast Bikes Sdn Bhd, roadster, roda2, Triumph, Triumph Speed Twin (2019), Triumph Street Twin (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev