CITROEN merancang menembusi pasaran India menerusi barisan kenderaan bajet rendah dan berharap ia dapat direalisasi menjelang penghujung 2021 nanti.
Rancangan baharu itu ialah sebahagian daripada strategi syarikat induk Citroen, Groupe PSA supaya masing-masing subsidiari di bawahnya tidak terlalu bergantung kepada pasaran Eropah. Ini juga antara sebab kenapa Peugeot kembali semula ke Amerika Utara, manakala Opel mula memasuki pasaran Rusia.
BACA >>> Suzuki Swift - Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!
PSA juga bakal menghasilkan barisan kenderaan kos rendah untuk pasaran global, sama seperti apa dilakukan Renault menerusi Dacia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Citroen, Linda Jackson berkata, model masa depan Citroen di India ialah produk mesra bajet.
"Kereta-kereta itu akan jadi sesuai dan relevan unutk pelanggan India.
“Kami fikir gaya unik Citroen menawarkan sesuatu yang berbeza, dan ia bagus buat kami untuk mendapatkan impak ke atas pasaran. Kami perlu ada penetapan minda yang kami pergi India untuk rakyat India. Inilah sebab kenapa kami ada pasukan tempatan yang akan menjelaskan apa sepatutnya ada pada sesebuah kenderaan dari segi teknologi," katanya.
KERETA DIPASANG DI INDIA
Citroen akan menghasilkan produk automobil jenama itu di India bersama CK Birla Group, dan dibantu Hindustan Motor Financing Corporation dan PSA Avtec Powertrain - yang bertanggungjawab menghasilkan enjin dan transmisi di kilang dekat Bangalore dengan kapasiti 300,000 unit enjin dan 200,000 kotak gear setahun.
Menurut CEO PSA, Carlos Tavares, kilang Avtec sudah sangat menguntungkan dan penjimatan yang diperoleh daripada pemasangan tempatan akan membuatkan kerjasama kedua-dua pihak mampu bertahan.
BACA >>> Toyota Corolla Logo Suzuki Bakal Muncul di India
Jika jualan kenderaan meningkat kepada enam juta menjelang 2025, India akan menjadi pasaran ketiga terbesar selepas China dan Amerika Syarikat (AS). Buat masa ini, Maruti Suzuki, Tata, Hyundai dan Mahindra and Mahindra menguasai lebih 80 peratus pasaran India, manakala baki 20 peratus dikongsi jenama Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Leave a Reply