• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R25 Facelift (2019) Kini Di Pasaran, Harga RM19,998 - Sampai Kedai Berapa Pula?

Yamaha R25 Facelift (2019) Kini Di Pasaran, Harga RM19,998 - Sampai Kedai Berapa Pula?

March 20, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Yamaha R25 facelift (2019)MULA diperkenalkan pada Januari lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini mengumumkan harga rasmi bagi Yamaha R25 facelift (2019), RM19,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Manakala harga jualan di kedai-kedai pula kami tidak pasti. Mungkin lebih mahal? Apatah lagi kalau model itu memang hangat di pasaran. Tambahan lagi, sejak dulu HLYM mengambil pendekatan selamat dengan hanya menyediakan stok dalam kuantiti kecil di pasaran.

Berbanding versi terdahulu, harga Yamaha R25 facelift (2019) adalah lebih mahal iaitu peningkatan sekitar RM215 dan ia bakal berada di kesemua bilik pameran mulai minggu hadapan.

BACA >>> Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

Jadi apa yang menarik mengenai Yamaha R25 facelift (2019)? Kita baca dulu senarai pembaharuan dilakukan HLYM:

  1. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah kemas kini bahagian aerodinamik selain padanan lampu LED di depan dan belakang.
  2. Rekabentuk tangki bersaiz 14 liter juga diubah bagi menawarkan ciri tunggangan sporty dan nampak lebih langsing.
  3. Panel meter menggunakan paparan LCD digital penuh dengan indikator anjakan gear @  shift light.
  4. Kedudukan hendal lebih rendah 22mm berbanding sebelumnya.
  5. Bahagian suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) dengan kemasan cat emas di depan, manakala belakang menggunakan monoshock.
  6. Tayar kini lebih lebar dengan saiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang) bersama rim 17 inci.
  7. R25 facelift juga dilengkapi suis penghidup jenis gelungsur, rekabentuk suis 3 dalam 1 dan kemasan peredam bunyi.
  8. Trenkuasa masih kekal sama dengan enjin 2-silinder sebaris DOHC berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000 rpm, serta padanan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  9. Yamaha R25 facelift (2019) didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah.

BACA >>> Yamaha R25 Baharu (2019) vs Lama (2014), Mana Satu Lebih Laju?

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Enjin Sama, Tetapi Tak Sama Laju?

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: enjin Yamaha R25 2019, harga Yamaha R25 2019, harga Yamaha R25 facelift (2019), yamaha r25 2019, Yamaha R25 baru, Yamaha R25 Facelift (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my