• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Y15ZR V2 Lancar Hujung Minggu Ini?

Yamaha Y15ZR V2 Lancar Hujung Minggu Ini?

March 20, 2019 By Azhan O Leave a Comment

8.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) menerusi laman Facebook menyiarkan foto acah yang mengajak orang ramai ke Jasin, Melaka hujung minggu ini dengan imej lampu depan berserta ayat ‘Beranikah Anda Mencabar Kuasa Dan Prestasi?’

Selain lampu, imej paling ketara ialah angka '150' dan kami jangka itu memang Yamaha Y15ZR. Mungkinkah versi facelift atau lebih dikenali sebagai V2 (versi 2) akan diperkenalkan di Jasin nanti?

Sebelum ini, kami ada menyiarkan beberapa foto intip Y15ZR V2 sedang menjalani ujian Pengesahan jenis Kenderaan (VTA) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kemudiantular di media sosial.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR V2.0 Jalani Ujian VTA, Kapcai Paling Hangat Akan Tiba!
Yamaha Y15ZR V2 Malaysia

LAMPU SEMUA LED

Yamaha Y15ZR V2 baharu ini didatangkan dengan beberapa perubahan. Bahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped. Berbanding versi sedia ada, perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.

Menariknya, Y15ZR V2 dibekalkan suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama menggunakan ciri tersebut. Malah, kapcai ini turut dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam, juga sama seperti motosikal kuasa tinggi.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Bakal Perkenal Enjin Baharu? Kod 155cc Dikesan

Yamaha Y15ZR V2-2
Yamaha Y15ZR V2-16
Yamaha Y15ZR V2-21
Yamaha Y15ZR V2-11
Yamaha Y15ZR V2-23
Yamaha Y15ZR V2-10

BERAPA HARGA PATUT YAMAHA JUAL?

Persoalannya, adakah benar Yamaha Y15ZR V2 bakal diperkenalkan hujung minggu ini? Jika ya, berapakah tanda harga yang bakal diletakkan HLYM. Dengan segudang ciri baharu, kami pasti tanda harga Yamaha Y15ZR V2 akan meningkat. Belum lagi sampai kedai. Kalau dah sampai, kami yakin anda akan sumpah seranah.

Ala, marah-marah harga Yahudi pun, beli juga. Siap pinjam duit mak lagikan? 🙂

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Yamaha Y15ZR, Mesti 'Laku Keras'

Related

8.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: enjin yamaha y15zr v2, harga y suku, harga Yamaha Y15ZR V2, motor y suku 2019, motor y15zr, y suku, yamaha y15zr 2019, yamaha y15zr baru, Yamaha Y15ZR V2 malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev