ANDA bukan pelumba profesional, dan teringin hendak berlumba di trek dengan bajet rendah? Sekarang ada berita baik, kelab sukan permotoran, BRAAAP Motorsports membuka peluang kepada pemilik motosikal 400cc ke bawah untuk menonjolkan bakat masing-masing dengan menyertai Kejuaraan Tuneboss Braap Track Attack (Tuneboss BTA) 2019' bermula 31 mac ini (pusingan pertama).
PEMILIK KAPCAI BOLEH JOIN ATAU TAK?
Boleh! Asasnya, kejuaraan ini menumpukan kepada jentera sah atas jalan @ road legal. Jika anda cuma penunggang biasa yang menunggang motosikal untuk kegunaan seharian, anda sudah pun layak mendaftarkan diri untuk masuk perlumbaan ini.
BACA >>> Ilmu Kebal Pelumba Motorcross Kini Dibongkar, Kenapa Tidak Ramai yang KO?
ADA BERAPA KATEGORI?
Penganjuran Tuneboss BTA 2019 dengan kerjasama Kelab Sukan Integrasi dan COMMA Motorsports dijadualkan berlangsung sebanyak enam pusingan melibatkan sembilan kategori, terdiri daripada:
- 400cc 4T
- 250cc 4T
- 150cc 4T Underbone
- 180cc 4T Underbone
- 150cc 2T
- 150cc 4T Tank
- 200cc Supermoto CKD / China
- Fifty5 R25 One Make Race
- 14.7:1 CBR250R One Make Race
LOKASI DI MANA?
Kejohanan ini akan dianjurkan di litar lumba kekal seperti Litar Elite USJ Speedway dan Litar Antarabangsa Go Kart Sepang. Pusingan akhir dijadualkan berlangsung hujung tahun ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan anggaran penyertaan lebih 150 pelumba amatur seluruh negara.
Jurucakap BRAAAP Motorsports, Azuan Izadee berkata, selepas kejayaan penganjuran program Track Day dan Fun Race sejak 2015, pihak kelab yakin pelumba yang menyertai Tuneboss BTA 2019 pasti berpuas hati dengan kejuaraan ini kerana yuran penyertaan dikenakan ialah mampu milik.
"Undang-undang kejohanan menetapkan syarat, pelumba yang dikategorikan profesional tidak dibenarkan mengambil bahagian.
"Ini membuktikan komitmen dan objektif kami jelas, iaitu menganjurkan kejohanan perlumbaan khas untuk peminat sukan permotoran yang mungkin tidak berpeluang melangkah ke peringkat lebih jauh dengan menonjolkan bakat mereka melalui Tuneboss BTA 2019,” katanya.
BACA >>> Motorsport Manager: Jangan Tengok Saja, Jadi Pengurus Pasukan Lumba Sekarang!
BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR?
Sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh layari Braap Motorsport. Tarikh tutup penyertaan pada 29 Mac ini. Jadi, tunggu apa lagi? Kata Shahrol Yuzy;
mohd Rauf b mangkalial says
Nak daftar