• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tesla Model Y Buka Tempahan, Harga Bermula AS$39k (RM158.9k) untuk Varian Standard

Tesla Model Y Buka Tempahan, Harga Bermula AS$39k (RM158.9k) untuk Varian Standard

March 18, 2019 By Azhan O Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS debut rasmi, Tesla Model Y membuka tempahan pada harga bermula AS$39,000 (RM158,900) untuk varian standard dengan jarak perjalanan sejauh 370km. Supaya lebih jelas, model Y ialah versi crossover untuk Model 3. Jadi, trenkuasa dan bateri digunakan masih sama, termasuk rupa dalaman. Cuma ada lebih ruang untuk penumpang dan bahagian kargo.

Ada 4 varian Model Y ditawarkan, iaitu:

  • Standard Range RWD - AS$39,000 (RM158,900), 370km
  • Long Range RWD - AS$49,000 (RM199,600), 483km, 0-100kmj - 5.5 saat
  • Long Range AWD - AS$53,000 (RM215,900), 450km, 0-100kmj - 4.8 saat
  • Performance - AS$62,000 (RM252,600), 450km, 0-100kmj - 3.5 saat, kelajuan maksimum 241kmj

BACA >>> Geram dengan Skandal Privasi, Elon Musk Tutup Akaun Facebook Tesla!

DALAMAN SAMA SEPERTI MODEL 3

Rekabentuk dalaman Model Y mirip dengan Model 3, tetapi model SUV ini menawarkan ekstra ruang kepala buat penumpang dan fiil luas pada setiap sudut kabin. Konfigurasi 5 kerusi ialah ciri standard model ini, dan pembeli perlu menambah lagi AS$3,000 (RM12,200) untuk versi 7 kerusi.

Skrin sentuh 15 inci digunakan untuk mengawal majoriti fungsi Model Y. Aplikasi mobil Tesla misalnya berfungsi membuka pintu dan menghidupkan kereta. Aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna mengakses dan mengawal ciri kereta secara jarak jauh seperti mengunci pintu, prakondisi cas bateri dan mengesan lokasi kenderaan.

Model Y dapat dicas di grid global Tesla, yang kini ada di lebih 12,000 stesen cas di 36 negara. Crossover EV itu juga  serasi untuk sistem V3 Supercharger yang mampu memberikan tambahan jarak 1,600km dalam tempoh hanya 1 jam.

BACA >>> Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

Tesla Model Y kini siap sedia ditempah mengikut cita rasa pembeli. Penghantaran untuk varian Performance, Long Range RWD, dan Dual-Motor AWD akan bermula pada musim luruh 2020, manakala varian Standard Range hanya akan dihantar pada musim bunga 2021.

tesla-model-y-2020-1
tesla-model-y-2020-2
tesla-model-y-2020-3
tesla-model-y-2020-4
tesla-model-y-2020-5
tesla-model-y-2020-6
tesla-model-y-2020-7
tesla-model-y-2020-8

SUMBER: AutoGuide

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Model Y, SUV, SUV EV, Tesla, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev