• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Litar Pintas Pada Unit Pengecas MotoE Disyaki Punca Kebakaran Litar Jerez

Litar Pintas Pada Unit Pengecas MotoE Disyaki Punca Kebakaran Litar Jerez

March 17, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


LAPORAN awal mendedahkan insiden kebakaran ketika sesi ujian kedua di Litar Jerez pada Rabu malam lalu ialah berpunca akibat litar pintas di salah satu unit pengecas. Api dikatakan tercetus di ruang padok sebelum merebak cepat dan membakar struktur mobil, dan semua 18 jentera, termasuk laptop pasukan, kelengkapan, alat ganti dan kit menunggang.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan:

Walaupun kami menunggu kesimpulan rasmi tentang siasatan daripada polis tempatan, bukti awal berhubung punca kebakaran di e-padok FIM Enel Piala Dunia MotoE di Circuito de Jerez-Angel Nieto pada 14 Mac menjuruskan kepada litar pintas sebagai punca utama insiden.

Punca litar pintas belum dikenal pasti tetapi ketika kebakaran meletus, ia menyalakan bateri ketumpatan tinggi yang jadi sebahagian daripada pengecas prestasi tinggi MotoE. Bagaimanapun, tiada jentera disambungkan kepada infrastruktur pengecas ketika kebakaran berlaku."

MotoE dijadualkan bermula serentak dengan saingan MotoGP pertama di Eropah pada minggu pertama Mei sebelum disusuli empat litar lain, iaitu di Le Mans (Perancis), Sachsenring (Jerman), Red Bull Ring (Austria) dan Misano (Itali).

Namun, berdasarkan insiden yang berlaku, masing-masing pasukan, termasuk pengajur kini bergelut dengan masa untuk menyediakan jentera dan infrastruktur sepantasnya jika mahu juga meneruskan musim perlumbaan tahun ini. Apa yang pasti, pusingan di Jerez terpaksa dibatalkan dan perincian mengenai struktur baharu kejuaraan itu belum disahkan.

BACA >>> Kalendar FIM Enel MotoE World Cup 2019 Disiar, 11 Pasukan Berentap dalam 5 Pusingan

Sementara itu, kerajaan tempatan Jerez selaku pemilik litar berkenaan turut menyiarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan tiada kerosakan berlaku terhadap infrastruktur kekal, dan GP Sepanyol akan diteruskan mengikut jadual perlumbaan sedia ada.

Siri ujian kedua pada hari sama sebelum kebakaran tercetus menyaksikan pelumba Brazil, Eric Granado mencatatkan masa terpantas, 1:48.984.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 FIM Enel MotoE World Cup, Auto Terkini, Enel FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE, Kebakaran Litar Jerez, Litar Jerez, motosikal elektrik, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev