• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Pulau Pinang Bernilai RM6 Juta Kini Dibuka

Harley-Davidson Pulau Pinang Bernilai RM6 Juta Kini Dibuka

March 16, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

527
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-DAVIDSON Malaysia mengukuhkan lagi pasaran menerusi pembukaan bilik pameran ketiga, GB Motorcycles Sdn Bhd di Pulau Pinang.

Komited mahu menawarkan perkhidmatan selepas jualan lebih baik kepada semua pemilik Harley-Davidson, pembukaan pengedar baharu di Pulau Pinang ini dijangka mampu memberikan pengalaman pemilikan menyeronokkan khas buat penunggang sekitar wilayah Utara Semenanjung.

Harley-Davidson Pulau Pinang yang dibina atas tapak berkeluasan 6,000 kaki persegi itu menawarkan keseluruhan barisan motosikal selain dilengkapi alat ganti tulen, pakaian berjenama dan kelengkapan menunggang. Ruang servis pula memiliki tiga ruang penyenggaraan dan mampu memberi perkhidmatan lepas jualan kepada 100 unit motosikal sebulan.

BACA >>> Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?

Harley-Davidson Pulau Pinang_PanduLaju.jpg2
Harley-Davidson Pulau Pinang_PanduLaju.jpg8
Harley-Davidson Pulau Pinang_PanduLaju.jpg3
Harley-Davidson Pulau Pinang_PanduLaju.jpg4
Harley-Davidson Pulau Pinang_PanduLaju.jpg16
Harley-Davidson Pulau Pinang_PanduLaju.jpg13

KOS PEMBINAAN RM6 JUTA

Pengarah Urusan GB Motorcycles, Kheoh Hock Seng berkata, pembukaan Harley-Davidson Pulau Pinang ini menelan kos RM6 juta dan jelas menunjukkan komitmen wakil pengedar itu dalam memberikan yang terbaik kepada semua pemilik Harley di Malaysia.

“Bagi keselesaan pelanggan, kami turut menyediakan ruang menunggu sebelum motosikal siap diservis. Selain itu, pelbagai barangan eksklusif Harley-Davidson juga dijual,” tamhah Kheoh.

Serentak majlis pelancaran, Harley-Davidson Pulau Pinang turut menyerahkan unit pertama MY19 Tri Glide Ultra kepada pelanggan. Model ini dijual pada harga RM291,200, tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Selain Pulau Pinang, Harley-Davidson turut memiliki pengedar di Petaling Jaya, Selangor dan Taman Kota Laksamana, Melaka.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

GALERI
Harley-Davidson Pulau Pinang

Related

527
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Harley Penang, Harley-Davidson Pulau Pinang, Kheoh Hock Seng, motor harley, pemilik harley-davidson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev