• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

March 16, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA majlis previu Proton Persona (2019) facelift bersama media baru-baru ini, salah satu paparan slaid menunjukkan kos penyenggaraan model subkompak itu yang 32 peratus lebih murah berbanding model 'B' dan 'C'.

Jelas masing-masing faham yang model B dimaksudkan itu ialah Perodua Bezza, dan perbandingan itu disiarkan beberapa portal permotoran. Susulan itu, Perodua dalam satu kenyataan dihantar kepada media menjelaskan maklumat digunakan beberapa laporan media (bukan kami) sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, perbezaan kos adalah tidak tepat kerana perbandingan dibuat tidak setaraf.

Menurutnya, kos penyenggaraan Persona dikira seperti yang dijadualkan dalam buku servis atau manual pemilik. Sebaliknya, pengiraan Bezza pua dibuat berdasarkan kos 'Penyelenggaraan Pencegahan' (opsyen) dan bukan kos mengikut jadual seperti dicadangkan buku servis sedan Perodua itu tersebut.

BACA >>> Proton Persona (2019) Facelift Lagi Macho & Awesome!

KAMI GUNA MINYAK PELINCIR PREMIUM 0W-20

Berikut kenyataan Zahari;

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kos penyenggaraan Perodua Bezza pada tahun ke-5 hanya RM44 atau 1.4 peratus dan bukan 32 peratus seperti dilaporkan. Perbezaan ini kerana kos premium pelincir gred 0W-20 untuk Bezza berbanding 10W-30 bagi Proton Persona.

“Selain itu, Perodua Bezza menggunakan palam pencucuh Iridium untuk kecekapan bahan api dan prestasi enjin lebih lancar. Malah, pemilik Bezza membayar RM239.55 kurang berbanding pemilik Persona pada kos penyenggaraan pada akhir tahun ke-3.

“Bagi pemilik yang sanggup berbelanja lebih daripada disyorkan dalam manual penyenggaraan, Perodua juga menawarkan pakej pencegahan pilihan atau dikenali sebagai 'Pro Care'.

“Pakej ini termasuk penjajaran dan imbangan (alignment & balancing) tayar, servis penyaman udara, dan penukaran komponen berkaitan untuk memastikan kelancaran pemanduan dan ketenangan fikiran pemilik."

Zahari turut menasihati kepada orang ramai supaya mengesahkan terlebih dahulu kandungan laporan dengan merujuk kepada sumber betul.

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

harga servis proton persona 2019

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga bezza, kos servis perodua bezza, kos servis proton persona, Proton Persona (2019) Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev