TOYOTA Prius dinamakan sebagai model kereta paling banyak mengalami kemalangan di Britain, melibatkan 111 kemalangan daripada setiap 10,000 unit atas jalan, manakala Vauxhall menjadi jenama kereta paling banyak terbabit kemalangan.
Data GoCompare mendedahkan daripada kira-kira 71,000 Prius berdaftar di Britain pada 2016, ada 787 kemalangan direkodkan melibatkan model sama pada tahun sama. Kedudukan kedua ialah Citroen Saxo dengan rekod 106 kemalangan daripada setiap 10,000 unit, manakala BMW 330d di tempat ketiga, iaitu 102 kes darpada 10,000 unit.
Dari segi keseluruhan jenama, Vauxhall ialah jenama paling kerap mengalami kemalangan jalan raya. Daripada 3.6 juta model jenama itu yang didaftarkan di Britain pada 2016, sebanyak 22,490 kemalangan direkodkan, iaitu 62 kes daripada 10,000 unit.
BACA >>> Kajian: Jalan Raya UK Paling Selamat di Eropah
Daewoo dan SEAT pula di kedudukan kedua sebagai jenama paling banyak kemalangan, dengan kadar 60 kemalangan bagi setiap 10,000 unit jenama masing-masing.
PELUMBA MATANG CENDERUNG KEMALANGAN?
Walaupun demografik mendakwa pemandu muda lebih kerap terbabit kemalangan,tetapi data GoCompare menunjukkan hasil sebaliknya. Umur antara 26-35 tahun ialah usia pemandu paling banyak mengalami kemalangan di Britain, melibatkan 23.94 peratus daripada semua kes sepanjang 2016.
Dari segi lokasi dan kawasan kemalanga, London menjadi tempat paling berbahaya di Britain dengan rekod 101 kemalangan daripada 10,000 kereta di ibu kota itu. Malah, dalam bandar raya London itu sendiri mencatatkan 1,200 kes kemalangan bagi setiap 10,000 kereta pada 2016.
BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang
Tempat kedua jatuh kepada Yorkshire dan Humber dengan 47 kemalangan bagi setiap 10,000 kereta. Sementara itu, jalan raya A4 di London Tengah menjadi jalan raya paling teruk mencatatkan kes kemalangan, iaitu 705 kes sepanjang 2016.
KEMALANGAN PALING BANYAK DI ZON HALAJU RENDAH
Jika anda fikir memandu laju sebagai punca utama kemalangan, tetapi faktanya, 79,569 kes kemalangan berlaku dalam zon had laju 50kmj (30mph), hampir 10 kali ganda daripada jalan raya dengan zon had laju 115kmj (70mph). Zon kedua paling banyak mencatatkan kes kemalangan ialah di zon had laju 100kmj (50mph), iaitu 16,723 kes kemalangan sepanjang 2016.
BACA >>> Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta
Apakah agaknya statistik kemalangan di Malaysia jika data sama dilakukan? Malangnya, kita tiada badan khas sama ada Kerajaan atau bukan Kerajaan yang melakukan kajian spesifik dan pelbagai tentang kemalangan jalan raya negara ini
SUMBER: AutoExpress
Leave a Reply