GOTTLIEB Daimler (1834-1900) adalah jurutera, pereka industri dan industrialis kelahiran Schorndorf, Jerman. Beliau dikenali sebagai pengasas enjin pembakaran dalaman moden dan bertanggungjawab mencipta enjin petrol berkelajuan tinggi dan kereta empat tayar pertama.
Walaupun bukan menjadi orang pertama dalam setiap hasil penciptaannya, tetapi inovasi yang dilakukan beliau banyak menjadi asas penting kepada pembinaan automobil hari ini.
Pada 1885, Daimler dan rakan niaganya, Wilhelm Maybach memajukan enjin pembakaran dalaman ciptaan Nikolaus Otto yang juga pereka Jerman dan mempatenkan apa yang diiktiraf umum sebagai prototaip enjin petrol moden.
BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?
MOTOSIKAL PERTAMA
Pada 1872 Daimler, 38, pernah bekerja sebagai pengarah teknikal Deutz-AG-Gasmotorenfabrik di Cologne di bawah Otto yang memiliki separuh pemilikan syarikat. Kedua-dua mereka menumpukan kepada usaha pembangunan enjin petrol, manakala Maybach menjadi ketua pereka. Beberapa kontroversi muncul mengenai siapa pereka sebenar enjin motosikal pertama antara Daimler dan Otto.
BACA >>> #RetroAuto: Kenali Mereka yang Pertama dalam Automotif
KERETA EMPAT TAYAR PERTAMA
Enjin yang dihasilkan Daimler dan Maybach pada 1885 lebih kecil, ringan, laju dan menggunakan karburetor suntikan petrol dan silinder vertikal, di mana saiz, kelajuan dan keberkesanan enjin itu kemudian menjadi standard kepada revolusi rekabentuk kereta moden.
Pada 8 Mac 1886, Daimler menggunakan koc penumpang (stagecoach), yang direka Wilhelm Wimpff dan Sohn, dan mengadaptasinya supaya ia boleh dimuatkan dengan enjin ciptaannya, sekali gus menghasilkan automobil pertama dunia yang menggunakan empat tayar. Pada 1889, Daimler mencipta enjin 4-lejang dan dua silinder condong (V-Slanted) dengan injap berbentuk cendawan.
Dengan rekabentuk yang mirip enjin Otto keluaran 1876, enjin baru Daimler itu menjadi asas kepada semua enjin kereta pada masa akan datang.
TRANSMISI 4-KELAJUAN
Pada 1889, Daimler dan Maybach membina automobil pertama tanpa mengadaptasi mana-mana enjin kenderaan ciptaan pereka lain seperti yang dilakukan mereka sebelum itu. Automobil baru Daimler itu muncul dengan transmisi 4-kelajuan dan kelajuan mencecah 16kmj, satu inovatif enjin yang cukup mengkagumkan khalayak umum ketika itu.
BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volvo Begitu Sentimental dengan Udang Krai?
DAIMLER MOTOREN-GESELLSCHAFT
Kemudian, pada 1890, Daimler mengasaskan Daimler Motoren-Gesellschaft (DMG) atau Daimler Motors Corporation untuk merancakkan lagi pengeluaran kereta-kereta menggunakan enjin ciptaannya. Rakannya pula, Maybach menjadi individu penting di sebalik rekabentuk kereta Mercedes, di mana beliau akhirnya memutuskan meninggalkan Daimler untuk menubuhkan kilang sendiri menghasilkan enjin pesawat udara Zeppelin.
Pada 1892, beliau menjual kereta pertama dan pada tahun sama beliau jatuh sakit dan terpaksa berehat daripada urusan perniagaan. Ketika kembali semula bekerja, Daimler menghadapi masalah dengan beberapa pemegang saham DMG yang menjadi punca kepada perletakan jawatan sebanyak dua kali, iaitu pada 1893 dan 1894.
Dalam sukan permotoran, pada 1894, sebuah kereta yang menggunakan enjin Daimler memenangi perlumbaan automobil pertama dunia yang banyak menaikkan reputasi hasil cipta pereka ulung berkenaan. Daimler, yang terkenal dengan kata-kata keramatnya, ‘Terbaik atau Tiada Apa-Apa’, menghembuskan nafas terakhir pada 1900, manakala rakannya, Maybach keluar dari DMG pada 1907.
Pada 1924, pengurusan DMG menandatangani perjanjian kerjasama jangka panjang dengan Benz & Cie AG milik Karl Benz. Dua tahun kemudian (1926), dua syarikat itu sekali lagi bergabung menjadi Daimler-Benz AG, yang kini menjadi sebahagian daripada Daimler AG.
BACA >>> #RetroAuto: Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle
Leave a Reply