• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin

#ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin

March 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

924
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENUNGGANG dalam cuaca tidak menentu yang kadangkala hujan, kadangkala panas terik memang mencabar. Apabila tiba musim hujan, urusan sebahagian pengguna jalan raya agak terjejas, manakala risiko kecelakaan jalan raya meningkat disebabkan keadaan jalan yang basah dan licin.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan

Di bawah ini, kami kongsikan beberapa tip perlu dilakuakn tentang bagaimana mengawal motosikal ketika menunggang atas permukaan jalan licin akibat hujan dan seumpamanya.

  1. Pastikan jarak selamat, minimum satu meter dari kenderaan depan. Permukaan jalan basah membuatkan tahap cengkaman tayar berkurangan. Elakkan membrek mengejut kerana boleh menyebabkan anda terjatuh atau terlanggar kenderaan depan.
  2. Nyalakan lampu utama untuk menambah jarak pandangan. Ini turut membantu pengguna jalan raya lain perasan kehadiran anda. Seeloknya, guna lampu kuning terang supaya mudah dilihat.
  3. Sebelum memotong kenderaan depan, pastikan keadaan selamat dan tiada kenderaan datang dari arah bertentangan.
  4. Jika mahu membelok, pastikan situasi selamat. Elakkan mengambil selekoh terlalu miring atau terlebih belok, terutama ketika memandu dalam halaju tinggi. Ini berisiko menyebabkan anda terjatuh kerana hilang keseimbangan akibat tahap cengkaman tayar merosot. Jangan lupa beri signal.
  5. Perlahankan motosikal jika menunggang di permukaan jalan berlopak, kerikil atau pasir. Kelajuan dicadangkan sekitar 30-40kmj. Perhatikan dan berhati-hati dengan permukaan jalan yang ada air bertakung.
  6. Berwaspada dengan permukaan jalan berlubang atau beralun. Anda mungkin perlu meredah lopak air dan motosikal  boleh tenggelam akibat terjerlus.
  7. Elakkan guna helmet dengan visor gelap yang boleh mengehadkan jarak pandangan. Gunakan visor jernih.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Anda juga perlu berjaga-jaga jika perlu meredah kawasan jalan dengan air bertakung atau banjir. Cuba elak bertembung, atau menunggang sedikit jauh jika nampak ada kenderaan besar datang dari arah bertentangan. Ini kerana kenderaan besar seperti lori dan treler boleh menyebabkan air bergelombang kuat hingga hilang keseimbangan.

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

924
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, menunggang, Tip Auto, tip menunggang ketika hujan, Tunggang Atas Jalan Licin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my