• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Vespa LXV 150 3V

MOTO: Vespa LXV 150 3V

May 20, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Vespa LXV 150 3V

PEMINAT skuter klasik dari Itali pasti teruja dengan pelancaran varian terbaharu jenama itu, LXV 150 3V dengan teknologi suntikan terus. Dilancarkan Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar dan pengimport tunggal Vespa di Malaysia, skuter ini bukan sahaja menampilkan gaya vintaj, malah menggabungkan teknologi Piaggio termaju.

LXV 150 3V mengekalkan struktur Vespa LX dan menekankan tarikan klasik Vespa yang terkenal sejak era 60-an dengan perincian seperti kemasan krom pada bar hendal tubular, cermin pengadang angin 'flyscreen', lampu hadapan bulat, dan dua kerusi berasingan kemasan kulit. Semua elemen klasik rekaan semula itu disatukan dengan trenkuasa empat lejang, 3 injap (3V) dan berkapasiti 150cc baharu serta berteknologi maju.

Enjin 3V dengan suntikan bahan api elektronik kali ini lebih ringan berbanding model terdahulu dan dibina di kilang Pontedera yang juga ibu pejabar Piaggio di Itali. Pembinaan enjin membabitkan penyelidikan dalam menghasilkan teknologi kurang geseran dan meningkatkan keupayaan dinamik bendalir.

Hasilnya, enjin Vespa baharu ini lebih efisien dengan peningkatan prestasi dan penjimatan bahan api kira-kira 30 peratus lebih baik berbanding generasi awal selain menjana emisi terendah.

Naib Presiden Naza Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood berkata, Vespa menerusi model ini dengan bijak menggabungkan elemen penting rekabentuk klasik popular dengan teknologi Piaggio yang menghasilkan tunggangan hebat dengan penggunaan bahan api rendah, hantaran kuasa lancar dan peningkatan keselesaan tunggangan dalam trafik urban atau keseronokan perjalanan jauh di luar kota.

"Inovasi yang digandingkan dengan gaya retro Vespa yang signatur memberikan pemiliknya ciri kesederhanaan, stail, praktikaliti dan efisien dalam satu pakej sangat berharga. Model ini adalah untuk peminat Vespa yang cintakan gaya klasik Vespa dengan teknologi termaju," katanya.

Didatangkan dalam tiga warna menarik, Midnight Blue (biru), Rossa Chianti (maroon), dan Beige (coklat pucat) dengan harga asas RM11,658.

DSC_0022  D14U7735  D14U7725

DSC_0026 DSC_0019 DSC_0015 DSC_0021

D14U7729  DSC_0025 DSC_0016 D14U7612

SPESIFIKASI
ENJIN 150CC, Silinder tunggal LEM, 4 lejang, suntikan elektronik
TRANSMISI Automatik CVT
KUASA MAKSIMUM 12hp (8.7kW)@7,500rpm
TORK MAKSIMUM 12Nm@5,000rpm
SUSPENSI lengan tunggal dengan spring heliks dan absor berhidraulik tindak-ganda tunggal (hadapan); absorber dengan pelaras prabeban 4 tetapan (belakang)
BREK brek cakera 200mm (hadapan); brek dram 110mm (belakang)
TAYAR 110/70 tubeless (hadapan); 120/70 tubeless (belakang)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: LXV 150 3V, Naza Group of Companies, Naza Two Wheels, Piaggio, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev