• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Cross Cub 50 dan 110 Dapat Warna Baharu, Termasuk Edisi Maskot Kumamon

Honda Cross Cub 50 dan 110 Dapat Warna Baharu, Termasuk Edisi Maskot Kumamon

March 13, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Cross Cub 50 dan Cross Cub 110 dilahirkan semula pada 2018. Motosikal lasak  gaya rekreasi itu pantas menjadi topik hangat di negara asalnya, Jepun. Sempena 2019, Cross Cub bukan saja tampil dengan dua warna baharu, tetapi turut memperkenalkan model edisi Kumamon, si maskot beruang comel berpipi merah.

Honda Motor Co Ltd menawarkan warna Camouflage Green (hijau) dan Classical White (putih) untuk Cross Cub 50 dan Cross Cub 110. Lebih menarik, versi Kumamon diwarnakan hitam-merah mengikut karakter asal watak maskot tersebut.

BACA >>> Cross Cub CC50 Kumamon - Honda Perkenal Kapcai Tema Maskot Beruang Pipi Merah

Honda Cross Cub Kumamon-3
Honda Cross Cub Kumamon-1
Honda Cross Cub Kumamon-2

Rekabentuk konsep Kumamon itu dapat dilihat menerusi kemasan merah pada lampu depan, pelana dan fairing sisi. Sisi hendal di bahagian leher diletakkan lencana Kumamon yang comel. Dijadualkan berada di pasaran bermula 21 Jun ini, Cross Cub 110 Kumamon dijual pada harga ¥345,600 (RM12,700), manakala Cross Cub 50 Kumamon, ¥302,400 (RM11,100).

BACA >>> Honda Cross Cub 110 dan Cross Cub 50 Mula Dijual di Pasaran Jepun Bulan Ini

Cross Cub 110 pula akan berada di pasaran 19 Julai ini pada harga ¥331,400 (RM12,180), manakala Cross Cub 50 ¥200,096 (RM7,350).

GALERI

SUMBER: YoungMachine

Related

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Cross Cub 100, Honda Cross Cub 110, Honda Cross Cub 50, Honda Cross Cub CC 50 Kumamon, Honda Motor Co. Ltd, motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev