• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

#TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

March 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK kenderaan masa kini sudah siap dilengkapkan dengan lampu kabus. Apa perlu anda tahu, lampu kabus bukanlah aksesori tambahan untuk kenderaan mewah. Sebenarnya komponen itu berfungsi untuk membolehkan anda melihat lebih jelas ketika memandu dalam situasi kabus atau hujan lebat. Malangnya ada kalangan pemandu yang menyalakan lampu kabus ketika malam cerah.

Umumnya, lampu kabus ada dua jenis: depan dan belakang (biasanya di posisi bampar kiri dan kanan, atau tengah).

BACA >>> Lampu Kabus Belakang - Bilakah Perlu Pasang? Kenapa Masih Ramai Pemandu *&$#@?

KENAPA TIDAK BOLEH NYALAKAN LAMPU KABUS PADA MALAM CERAH?

Lampu kabus boleh menjejaskan pandangan pengguna lain.
Memang silau kalau dibuka bukan pada tempatnya.

Ini kerana suluhan lampu kabus lebih lebar dan luas berbanding lampu utama yang menyuluh ke depan. Walaupun cahaya lampu kabus lebih terang, tetapi jarak suluhan pula tidak jauh. Jadi, jika dinyalakan ketika memandu dalam suasana malam yang cerah, cahaya lampu kabus sama ada depan atau belakang boleh menjejaskan pandangan pengguna jalan raya lain akibat silau.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

LAMPU AMARAN, BUKAN LAMPU TAMBAHAN

Lampu kabus juga sebenarnya lebih kepada lampu amaran atau isyarat kepada pemandu lain supaya mereka perasan kelibat kenderaan anda ketika cuaca buruk. Kegunaannya boleh disamakan dengan lampu signal belok yang hanya digunakan ketika mahu membelok atau memotong kenderaan lain, dan bukan dihidupkan sepanjang masa.

Bayangkan anda di belakang pemandu yang menghidupkan signal belok ke kanan sepanjang masa. Ini sudah tentu mengundang kemarahan kerana menyusahkan anda dan pemandu lain di belakang yang menyangka dia mahu ke kanan. Samalah seperti lampu kabus juga. Fahamkan?

Ingat, lampu kabus bukan lampu tambahan yang boleh dinyalakan setiap malam dan sepanjang masa! Sekiranya cuaca malam elok, tidak berkabus, dan bukan pula ribut atau hujan lebat yang memerlukan anda melajukan bilah pengelap kepada tahap paling maksimum, jawapannya, tutup saja lampu kabus kereta anda!

BACA >>> Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!

Jadi beringatlah, gunakan lampu kabus kereta dengan bijak, bukan benak!

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Lampu, lampu kabus, lampu kabus belakang, lampu kabus depan, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev